KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan pagi, bertolak ke kota lama Cordoba, melihat Roman Bridge, menziarahi Mezquita de Los Andaluces, Calleja de las Flores, dan menziarahi Masjid Agong Cordoba (Mezquitta de Cordoba). Kemudian bertolak ke Granada dengan bas. Bermalam di Granada.
|
Ruangan sholat asal Masjid Cordoba (Mezquitta de Cordoba) |
Catatan Kembara
Selepas sarapan pagi, dan daftar keluar dari AC Hotel Cordoba di Av. de la Libertad, bertolak ke kota lama Cordoba dalam pukul 8:45 pagi.
Cordoba menjadi ibukota wilayah Andalusia semasa pemerintahan Islam dibawah Khalifah. Puncak kegemilangan adalah semasa pemerintahan Abdul Rahman III (912-961). Ketika itu ia adalah kota terbesar di Eropah Barat lengkap dengan masjid, perpustakaan, universiti, hospital, pasar, lampu jalan, air paip dan balai cerap. Ia adalah kota ilmu dan budaya, pusat sarjana Islam, Yahudi dan Kristian berkarya dan berwacana. Ilmuwan yang lahir di kota ini antaranya Ibnu Rushd dan Musa Bin Maimun. Orang Islam dan juga bukan Islam berkunjung ke Cordoba dari seberang laut untuk belajar di perpustakaan-perpustakaan dan universiti-universiti Al-Andalus selepas penaklukan Toledo dalam tahun 1085 oleh pihak Kristian. Kejatuhan Cordoba pada tahun 1236, ke tangan pemerintah Kristian.
|
Cuaca di Cordoba |
|
Waktu Sholat di Cordoba |
|
AC Hotel Cordoba, Av. de la Libertad, 24, Cordoba Spain. Jom lihat sekitar hotel sementara menanti ketibaaan bas. |
|
Hadapan AC Hotel Cordoba, Av. de la Libertad. Daun-daun kekuningan berguguran |
|
Pohon-pohon oren menjadi hiasan berbuah lebat di sepanjang kaki lima, boleh dilihat merata-rata di Cordoba |
|
Katanya buah-buah oren ni masam. Jadi orang-orang tempatan tidak kisah sangat nak ambil. Nak tahu masam atau manis kena tengok pangkal daunya. Kalau ada daun kecil dipangkalnya menandakan buah oren itu masam. |
|
Pepohon beri pun ada buah juga. |
|
Paseo de Cordoba seberang jalan depan hotel. Khemah putih dibelakang tu ada karnival di waktu malam sempena krismas. |
|
AC Hotel Cordoba dari seberang jalan |
Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami tiba di bahagian paling menarik di kota lama Cordoba ini yang terletak di sebelah Sungai Guadalquivir, iaitu Kota Zaman Pertengahan Cordoba, diisytiharkan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1984, di mana disinilah terletak Masjid Agung Cordoba ('Mezquitta de Cardoba'). Kami dibawa melalui lorong sempit berjalan kaki melawat sekitar kota lama ini terlebih dahulu yang dipenuhi kedai-kedai cenderahati, kafe dan restoran, singgah di Mezquita de Los Andaluces terletak di Calleja de la Hoguera (malangnya masjid ini ditutup selepas waktu sholat), Calle Velázquez Bosco, dan Calleja de las Flores yang dihiasi pasu-pasu bunga terracotta dengan pelbagai warna menarik tergantung di dinding-dinding dan balkoni, seterusnya memasuki atau lawatan ke bahagian dalam Masjid Agung Cordoba.
Route berjalan kaki di Cordoba (laluan sebenar mengikut pemandu pelancong sedikit berbeza kerana batasan pada google map)
|
Dari tempat parkir bas pelancong di Calle Ronda de Isasa, 170, boleh kelihatan Roman Bridge (Puente Romano') |
|
Roman Bridge (Puente Romano') dari celah-celah pokok yang tumbuh atas pulau-pulau kecil dalam Sungai Guadalquivir. Pada zaman dulu terdapat kilang-kilang membuat tepung di pulau-pulau ini. Sebelah kiri photo terdapat kincir air dinamakan Molino de la Albolafia. |
|
Roman Bridge (Puente Romano') dari kincir air Molino de la Albolafia, mengambil nama Abu Al-Afiya. Lambang kincir air banyak digunakan pada meterai Cordoba dan bandar lain sejak kurun ke-13, sebenarnya dibina oleh orang-orang Rom dan juga telah dikenal pasti sebagai lokasi istana lama Almohad. Abd al-Rahman II mengarahkan pembinaan pam besar berantai untuk menyalurkan air ke Alcazar Palace Gardens, tetapi Isabella, ratu Katolik, telah membuangnya kerana berbunyi bising. |
|
Roman Bridge (Puente Romano') ini pernah dipaparkan dalam siri TV 'Game of Thrones' musim ke 5 (episod 3) |
|
Bridge Gate (Puerto del Puente) terletak dihujung bahagaian utara Roman Bridge untuk memasuki kawasan berhampiran Masjid Agong Cordoba. Ianya siap dibina pada zaman Philip II bagi mengantikan Roman Gate dan Moorish Gate yang dibina sebelumya |
|
Sebelah luar Masjid -Katedral Cordoba di Calle Torrijos. Pintu masuk pertama yang kelihatan merupakan 'Door of the Sabat' (Puerta Del Sabat'). Asalnya pintu ini dulunya bersambung dengan Istana Umayyah sebagai laluan Khalifah ke masjid untuk bersholat |
|
Sebelah luar Masjid -Katedral Cordoba di Calle Torrijos.
|
|
Palacio Episcopal bersebelahan Masjid -Katedral Cordoba di Calle Torrijos. Palacio Episcopal, juga menempatkan Istana Biskop, terleatak atas istana lama Umayyah (Umayyah Alcazar). |
|
Sebelah luar Masjid -Katedral Cordoba di Calle Torrijos, terdapat deretan kedai cenderahati, kafe dan restoran. |
|
"Door of Saint Stephen' Masjid-Katedral Cordoba di Calle Torrijos dengan binaan asalnya masih kelihatan dari sisi sebelah barat.
|
|
Sisi sebelah barat luar Masjid -Katedral Cordoba di Calle Torrijos, |
|
Melalui Calle Judería (Jewish street)-,Calle Deanes berlatarbelakangkan Bell Tower Mezquitta. |
|
Melalui Calle Romero-Calle Deanes dihiasi pasu-pasu bunga terracotta berwarna biru tergantung di dinding-dinding dan balkoni.
|
|
Melalui Calle Deanes dihiasi pasu-pasu bunga terracotta berwarna merah tergantung di dinding-dinding dan balkoni. |
|
Mezquita de Los Andaluces di Calleja de la Hoguera |
|
El Patio Andaluz, Calle Velázquez Bosco, 4. Sebelahnya ada restoran halal belum dibuka. |
|
Melalui Calleja de las Flores dihiasi pasu-pasu bunga terracotta berwarna biru bergantungan di dinding-dinding. |
|
Calleja de las Flores dihiasi pasu-pasu bunga terracotta berwarna biru bergantungan di dinding-dinding |
|
Kolam air pancuran di penghujung Calleja de las Flores |
|
Pohon lemon di penghujung Calleja de las Flores. |
|
Pohon lemon lebat berbuah di penghujung Calleja de las Flores |
|
Para peserta perempuan bergambar denga pemandu pelancong di kolam air pancuran di penghujung Calleja de las Flores |
Masjid Agong (Great Mosque) Cardoba atau Mezquita (bahasa Sepanyol untuk 'masjid') de Cordoba adalah pada suatu waktu dulu adalah sebuah masjid terbesar didunia tapi kini menjadi sebuah katedral Katolik, dikenali sebagai Masjid-Katederal Cordoba (the Mosque-Cathedral of Cordoba). Bayaran €8 dikenakan untuk memasuki Masjid-Katederal Cordoba yang berkeluasan 24,000 meter persegi.
Ruang dalaman Masjid Agong Cordoba merupakan contoh seni bina Islam gaya Umaiyah yang terunggul. Mezquita (nama asalnya Masjid Aljamad) dibina di atas tapak basilika (gereja) Saint Vincent Visigoth Kristian (dibeli dari gereja) bermula pada tahun 786 M dibawah penyeliaan Amir Muslim pertama Abd ar-Rahman I. Masjid melalui beberapa phasa perubahan: pembesaran pertama Abd ar-Rahman II pada tahun 833 M, Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara (minaret) baru pada tahun 951 M, sementara Al-Hakam, pada tahun 961 M, membuat pembesaran ke-2 dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir atau pembesaran ke-3 dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada tahun 991 M. Pada tahun 1236 M apabila Fernando III menakluki Cordoba, Masjid Agong Cordoba dijadikan Catedral Nuestra Señora de la Asunción Kristian. Maklumat lanjut tentang Masjid-Katederal Cordoba boleh didapat laman rasmi
dipautan ini.
Masih terdapat ayat-ayat Al-Quran yang terukir cantik terutama di mihrab. Laungan azan sudah tidak berkumandang di sini dan tidak dibenarkan bersholat. Pada tahun 2010, berlaku peristiwa dimana sekumpulan pelancong-pelancong Muslim cuba bersholat di sini telah diminta meneruskan lawatan mereka atau keluar sehingga tercetus pergelutan dengan pengawal-pengawal keselamatan. Penduduk-penduduk muslim Sepanyol juga telah melobi dan Majlis Islam Sepanyol memohon secara rasmi kebenaran bersholat tetapi di tolak pihak gereja dan Vatican.
Seni bina Masjid Agong Cardoba sungguh indah walaupun 12 abad berlalu, kehebatannya tetap kekal mempersonakan. walaupun beberapa bahagian masjid telah diubahsuai dan dibina semula sebagai gereja Katholik tetapi bangunan asalnya iaitu gerbang yang berbentuk ladam kuda yang disokong oleh deretan lebih 850 tiang seri masih kekal tetap mencuri perhatian pelawat. Pada asalnya, terdapat 1293 tiang seri diperbuat dari jasper, onyx, marmar dan granit, sehingga dikatakan terdapat peraturan melarang (membawa hukuman mati) merobohkankan tiaang-tiang seri atau gerbang-gerbang asal setelah ianya menjadi gereja pada Zaman Pertengahan.
Lawatan kami ke bahagian dalam Masjid Agong Cordoba mengikut turutan berikut: bermula dari Laman Pohon Oren (asalnya tempat berwuduk) dan Bell Tower (asalnya minaret), memasuki bahagian asal dibina oleh Abd ar-Rahman I, bahagian asal ditambah oleh Abd ar-Rahman II dimana sebahagiannya diubah menjadi 'Transept' dan 'Choir', bahagian asal ditambah oleh Al-Hakam II dimana sebahagiannya diubah menjadi 'St. Paul Chapel', 'Royal Chapel' dan Villaviciosa Chapel', Mihrab dimana salah satunya diubah menjadi S. Theresa Chapel', bahagian asal ditambah oleh Al-Mansur dengan sebahagiannya diubah menjadi 'Main Chapel' dan keluar semula ke laman pohon oren.
|
Orange Tree Courtyard ('Patio de los Naranjos') . Laman Pohon Oren asalnya merupakan kawasan mengambil wuduk. Memasuki laman ini tidak dikenakan bayaran. |
|
The Bell Tower. ('Torre de Alminar'). Menara loceng setinggi 93 m ini dibina atas menara (minaret) asal masjid setinggi 40 m yang dbina oleh Abd ar-Rahman III pada tahun 951. |
|
Menuju ke pintu masuk Mezquita yang memerlukan tiket untuk masuk. |
|
Tiket masuk Masjid-Katederal Cordoba, bayaran €8 dikenakan. |
|
Berada bahagian asal ruangan sholat Mezquita dibina oleh Abd ar-Rahman I pada tahun 786 M. |
|
Bahagian asal ruangan sholat Mezquita dibina oleh Abd ar-Rahman I pada tahun 786 M. |
|
Bahagian asal ruangan sholat Mezquita dibina oleh Abd ar-Rahman I pada tahun 786 M. Abd al-Rahman I dipercayai dimakamkan di bawah tapak Mezquita
|
|
Ruangan diubah antara 'Choir' dan bahagian asal Mezquita ditambah atau diperbesar oleh Abd ar-Rahman II. |
|
Bahagian belakang 'Choir' dibina dalam bahagian ditambah atau diperbesar oleh Abd ar-Rahman II |
|
Ruangan menuju 'Villviciosa Chapel' dibina dalam bahagian diperbesar atau ditambah oleh Abd ar-Rahman II |
|
Gerbang ke Villviciosa Chapel' bersebelahan gerbang asal dibahagian diperbesar atau ditambah oleh Abd ar-Rahman II |
|
Bahagian asal ruangan sholat Mezquita diperbesar atau ditambah oleh Abd ar-Rahman II pada tahun 833 M |
|
'Villviciosa Chapel' dibina dalam bahagian diperbesar atau ditambah oleh Abd ar-Rahman II |
|
Bahagian 'Villviciosa Chapel' dibina dalam bahagian diperbesar atau ditambah oleh Abd ar-Rahman II |
|
Bahagian asal diperbesarkan kali ke-2 oleh Al-Hakam II, pada tahun 961 M termasuk mengindahkan Mihrab. |
|
Kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran bersadur emas yang masih cantik di mihrab |
|
Kubah atau siling mihrab berbentuk cengkerang ('shell") diukir daripada batu blok marmar dan ruangan atara satu sama lain dihiasi dengan mozek Byzantine (Romawi Timur) berssadur emas. |
|
Ruang mihrab bersebelahan Mihrab utama. |
Mihrabnya tidak mengarah kearah tenggara ke Mekah, tetapi mengarah ke arah selatan sama seperti masjid di Damsyik. Beberapa penjelasan telah dicadangkan untuk menerangkan kedudukan kiblat masjid ke arah selatan. Antaranya kerana asas masjid mengunakan asas pembinaan Rom lama dan Visigoth. Yang lain menegaskan bahawa Abd ar-Rahman mengarah mihrab ke arah selatan seolah-olah baginda masih berada di ibu negara Umayyad dan tidak dibuang negara.
|
Melalui 'S. Theresa Chapel' dengan khazanahnya bersebelahan mihrab |
|
Melalui ruangan menyimpan khazanah gereja selepas 'S. Theresa Chapel'.. |
|
Ruangan sholat bahagian asal Mezquita diperbesarkan kali ke-2 oleh Al-Hakam II, pada tahun 961 M. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Al-Mansur telah diubah menjadi 'Main Chapel'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi 'Transept'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi ''Transept'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi 'Transept' dan 'Choir'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi 'Transept' dan 'Choir'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi 'Choir'. |
|
Bahagian tengah Mezquita yang ditambah oleh Abd ar-Rahman II telah diubah menjadi 'Choir'. |
|
Ruangan sholat bahagian asal Mezquita diperbesarkan kali ke-3 oleh Al-Mansur pada tahun 991 M. Terdapat kalimah suci yang diukir pada tiang seri diperbesarkan dalam gambar dibawah. |
|
Kalimah suci yang diukir pada tiang seri Mezquita bahagian diperbesarkan kali ke-3 oleh Al-Mansur pada tahun 991 M |
|
Para peserta bergambar kenangan dalam ruangan sholat Mezquita ditambah oleh Al-Mansur. |
|
Para peserta bergambar kenangan dalam ruangan sholat Mezquita ditambah oleh Al-Mansur |
|
Kembali ke Laman Pohon Oren mengakhiri lawatan ke Mezquita de Cordoba. Masam ke manis buah oren ini? |
Selepas selesai melawat Masjid Agong Cardoa, kami kembali ke Mezquita de Los Andaluces, di Calleja de la Hoguera, malangnya masjid ini ditutup selepas waktu sholat. Walau bagaimanapun, tuan imannya sudi bertemu kami selepas dihubungi dan membenarkan kami masuk menziarahi bahagian dalamnya yang agak sempit. Maklumat dari pengunjung lain di internet memaklumkan terdapat masjid agak baru iaitu Masjid Al Tawhid dalam taman Colons, di Calle Conde y Luque, juga berhampiran dengan Mezquita de Los Andaluces tetapi di lorong berlainan (boleh lihat di Google Map).
|
Bersiar-siar atas Roman Bridge melihat ke arah Bridge Gate, Palacio Episcopal dan Mezquita de Cordoba |
|
Para peserta bergambar kenangan di atas Roman Bridge dan Bridge Gate mengakhiri lawantan di Cordoba. Photo Kredit: Emma
|
|
Para peserta bergambar kenangan di atas Roman Bridge dan Bridge Gate mengakhiri lawantan di Cordoba. Photo Kredit: Emma
|
|
Suzuki GSX-R1000 K5/K6 di Av. del Alcázar / Calle Ronda de Isasa. Spain Tour with Bike? Not with superbike. |
Kerana kesuntukan masa, kami tidak berkesenpatan melawat 'Jewish Quarter' dan sekitar taman Alcazar of Cordoba. Walau pun Alcazar of Cordoba sebenarnya hanya terletak bersebelahan parkir bas pelancong. Dikesempatan lain masa hadapan mungkin berpeluang melawat satu lagi kota lama (runtuhan) Medina Al Zahrah, terletak 8 km di barat Cordoba, sebuah kompleks besar kota-istana dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III sebagai pusat kerajaan Islam Sepanyol yang kini tinggal menjadi puing-puing sejarah menyaksikan kehebatan sebuah kerajaan yang telah hilang akibat perang saudara.
Dalam pukul 12:00 tengahari kami tinggalkan Mezquita de Cordoba ini dengan penuh kenangan menuju ke Granada, kira-kira 200 m di tenggara Cordoba. Tiba di Granada lepas pukul 5:00 petang. Antara pemandangan dan tempat menarik yang sempat dirakam di sepanjang perjalanan ke Granada.
|
Pemandangan bandar Espejo, daerah Cordoba dari Route N432 |
|
Pemandangan bandar Espejo, daerah Cordoba dari Route N432. Kelihatan Castillo De Espejo (Castle of Espejo) dibina pada kurun ke14 untuk Duchess of Osuna.
|
|
Pemandangan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Estacion de luque, la subbética, sebuah stesen keretapi lama yang dijadikan restoran (Restaurante Nicol) dan tempat hentian rehat menarik di route N432 . Photo Kredit: Noria |
|
Restoran Estacion de luque, la subbética, garabak keretapi lama yang dijadikan restoran di hentian rehat route N432. Photo Kredit: Noria
|
|
Estacion de luque, la subbética, beratnya buah labu 'pumpkin' yang dah diawet/dikeringkan ni. |
|
Estacion de luque, la subbética, besarnya macam buah labu hijau yang buat sayur tu. Bangunaan stesen keretapi lama. Dalamnya ada kedai menjual produk tempatan dihasilkan dari dari buah zaitun, buah tin dan lain-lain. Jurujual siap cakap melayu ' murah-murah, 3 satu uero'. |
|
Pemandangan satu kota lama dan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan satu kota lama dan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan pergunungan dan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan bukit membentuk landskap plateau dan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan Fortaleza de la Mota di Alcalá la Real, Jaén dari Route N432. Berada pada ketinggian 1,029 meter dan dibina pada kurun ke 13-14.
|
|
Pemandangan pergunungan dan ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan bukit (ada kota lama atasnya) dikellingi ladang pokon zaitun sepanjang Route N432 |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route N432 sebelum Pinos Puente. Dari sudut geologi, Sierra Nevada terbentuk semasa orogeni Alpine, aktiviti tektonik atau gempa bumi skala besar yang menyebabkan pembentukan pergunungan yang sama dengan Alps Eropah ke timur dan Atlas Mountains di Afrika utara merentasi Laut Mediterranean di selatan. Sierra Nevada yang kelihatan hari ini terbentuk pada masa tempoh Paleogen dan Neogene (66-1.8 juta tahun dahulu.) dari perlanggaran plat benua Afrika dan plat benua Eurasia. Anda biasa dengar perkataan 'Jurasic' kira-kira 65 juta tahun dulu dari filem 'Jurasic Park' |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route N432 sebelum Pinos Puente. Terdapat kemuncak tertinggi di Sepanyol iaitu Mulhacén pada ketinggian at 3,478 m atas paras laut. Tak nampak, mungkin terlindung disebalik awan. |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route N432 sebelum Pinos Puente |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route N432 sebelum Pinos Puente |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route N432 sebelum Pinos Puente |
|
Pemandangan pergunungan route N432 dekat Pinos Puente. Kelihatan seperti sebuah menara 'Chimney' |
|
Pemandangan pergunungan Monte El Piorno (?) route N432 dekat Pinos Puente. Pada 25 Jun, 1319, semasa pemerintahan Alfonso XI of Castile, telah cuba mengambil Pinos Puente, yang masih menjadi milik kerajaan Moor (Nasrid) Granada, peperangan yang dikenali sebagai Bencana di Vega Granada (Desastre de la Vega de Granada), di mana tentera Castilia dikalahkan oleh tentera Raja Ismail I Granada. |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route A-44 sebelum Méndez Núñez |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route A-44 sebelum Méndez Núñez |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route A-44 sebelum Méndez Núñez. Photo Kredit: Noria |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route A-44 sebelum Méndez Núñez. Photo Kredit: Noria |
|
Pemandangan pergunungan Sierra Nevada dari route A-44 sebelum Méndez Núñez. Photo Kredit: Noria |
Route bas dari Cordoba ke Granada yang dilalui (laluan khas untuk bas mungkin sedikit berbeza).
Hari masih petang, tapi pukul 6 petang matahari sudah terbenam. Saya berjalan di sekitar hotel terutama di Calle Alhamar dan Calle San Antón. Terserempak dengan satu kedai menjual skuter (Kymco, Vespa, Piaggio, dll) dan juga aksessori barangan skuter dan Vespa termasuk barangan Rainers terutamanya jaket (produk buatan Spain, yang menaja 'riding boot' untuk pelumba Moto2 Malaysia Hafiz Syahrin).
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 18 Disember 2016
Like This Blog:
Follow@Twitter:
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺
Bersambung hari ke-4⇨
No comments:
Post a Comment