HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 5: Stadium Ramón Sánchez Pizjuán (Sevilla FC)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Setelah melawat La Giralda Bell Tower, kami mendaftar masuk ke Hotel Novotel Sevilla Marqués del Nervion di Av. Eduardo Dato, Seville. Setelah mendapat bilik, dari jendela kelihatan stadium dengan papan tanda 'Sevilla Futbol Club'. Rupanya hotel yang kami akan bermalam terletak bersebelahan dengan stadium Ramón Sánchez Pizjuán yang menjadi stadium utama kelab bolasepak Sevilla FC.
Saya bukan peminat tegar liga utama bolasepak Sepanyal, sekadar menonton perlawanan dua kelab ternama iaitu Real Madrid dan Barcelona. Real Madrid terkenal dengan pemain bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo manakala Barcelona pula Lionel Messi. Oleh kerana diluar hujan masih renyai-renyai, hanya dalam pukul 8:30 malam setelah hujan agak reda baru berkesempatan meninjau sekitar kawasan stadium. Ketika ini terdapat kerja-kerja mencantikkan bahagian luar sekeliling stadium.
Perisai mozek Sevilla FC yang terletak di bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. |
Papan tanda besar sebelah kiri perisai Sevilla FC dengan ungkapan 'incansables y eternos jugadores' dalam bahasa Sepanyol bermaksud Kegigihan Pemain yang Kekal dalam Ingatan |
Papan tanda besar sebelah kanan perisai Sevilla FC. Terlindung pula ungkapan tertera. |
Stadium Ramón Sánchez Pizjuán
Stadium Ramón Sánchez Pizjuán adalah sebuah stadium bola sepak di Seville, Sepanyol yang merupakan stadium utama kelab bolasepak Sevilla FC. Stadium yang dibina pada tahun 1957 ini kini dapat menampung lebih 48,000 penonton, terletak di kawasan kejiranan Nervión dan dinamakan sempena nama presiden kelab Seville yang telah berkhidmat selama 17 tahun. Stadium ini pernah menjadi tuan rumah untuk perlawanan akhir Piala Eropah 1986 antara Steaua Bucureşti (Romania) dan Barcelona (Sepanyol), dan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1982 antara Jerman dan Perancis. Menurut lagenda, pasukan kebangsaan Sepanyol tidak pernah tewas dalam perlawanan dengan pasukan antarabangsa ketika beraksi di stadium ini.
Sevilla FC
Sevilla Fútbol Club SAD atau Sevilla FC adalah merupakan satu kelab bolasepak yang bermain dalam liga bolesepak utama Sepanyol iaitu La Liga. Kelab yang ditubuhkan pada tahun 1905 ini berpangkalan di Seville, ibu negara dan bandar terbesar di Andalusia. Sevilla FC merupakan kelab bolasepak sepak paling berjaya di Andalusia, memenangi juara liga kebangsaan dalam 1945-46, lima Piala Sepanyol (1935, 1939, 1948, 2007 dan 2010), satu Piala Super Sepanyol (2007), rekod lima UEFA Europa League / Piala UEFA (2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016) dan UEFA Super Cup 2006. Antara bintang bola sepak ternama yang bermain untuk pasukan Sevilla FC sekarang ialah Samir Nasri (pemain Peranchis) yang dipinjamkan dari pasukan bolasepak Manchester City. Buat masa ini, ia berada tangga kedua dibelakang pasukan pandahulu Real Madrid di dalam 'Spanish La Liga 2016/17'. Berjaya menewaskan pasukan Real Madrid dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan berlangsung pada 15 Januari 2017 yang lalu.
Bergambar kenangan dengan perisai Sevilla FC yang terletak di luar bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. yang berhadapan dengan pusat membeli-belah Plaza Nervion |
Bergambar kenangan dengan papan tanda Sevilla FC yang terletak di luar bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. yang berhadapan dengan pusat membeli-belah Plaza Nervion |
Hiasan bercahaya dengan logo Sevilla FC pada dinding stadium |
Bergambar kenangan dengan logo hiasan Sevilla FC |
Perisai-perisai memaparkan kejuaran yang dimenangi Sevilla FC sedang dipasang. |
Berhadapan kedai cenderati peminat Sevilla FC tapi dah tutup. |
Kejuaraan yang dimenangi oleh Sevilla FC |
Kedudukan Sevilla FC dalam La Liga setelah menewaskan menewaskan pasukan Real Madrid dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan berlangsung pada 15 Januari 2017 yang lalu. |
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 20 Januari 2017
Like This Blog: Follow@Twitter: Follow @JomRideSokmo
Kembali ke Bahagian 1: Metropol Parasol
Kembali ke Bahagian 2: Plaza de España (Spain Square)
Kembali ke Bahagian 3: Real Alcázar de Sevilla (Royal Alcázar of Seville)
⇦Kembali ke Pendahuluan ⟺ Bersambung hari ke-6 ⇨
No comments:
Post a Comment