Sunday, 4 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLE Bahagian 2


KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 2:  Plaza de España (Spain Square), Seville

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Lawatan ke monumen atau tempat bersejarah di Seville bermula dengan melawat 'Plaza de España', dikuti 'Real Al-Cazar', 'Seville Catedral' dan 'La Giralda Tower'.

Plaza de España (Spain Square) dan Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)

 'Plaza de España (Spain Square)' adalah sebahagian dari 'Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)', yang dibina pada tahun 1928 untuk Ekspo Ibero-Amerika pada tahun 1929. Ia adalah contoh mercu tanda senibina serantau, mengayakan gabungan unsur-unsur Kebangkitan Renaissance ('Renaissance Revival') dan Kebangkitan Moor ('Moorish Revival') (Neo-Mudéjar) dalam senibina Sepanyol. Kami tiba lebih kurang pukul 1:30 tengahari dan berada di sini selama setengah jam.

Plaza de España (Spain Square), Seville



'Plaza de España' yang di rekabentuk oleh arkitek bernama Aníbal González, merupakan kompleks separuh bulatan amat besar dengan bangunan memanjang sampai penghujungnya yang hanya boleh dimasuki melalui beberapa jambatan secara simboliknya mewakili empat kerajaan lama Sepanyol (Castile, Navarre, Aragón dan León). Di tengah-tengah plaza terdapat pancuran air 'Vicente Traver'. Dinding plaza pula dihiasi jubin-jubin 'alcoves', yang mana setiap satu mewakili wilayah yang berbeza di Sepanyol. Pada masa kini, ia dijadikan bangunan pusat pentadbiran kerajaan dan juga muzium.

 'Plaza de España' telah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem, termasuk adegan untuk filem 'Lawrence of Arabia' (1962), siri filem 'Star Wars: Episode II – Attack of the Clones' (2002) dan filem 'The Dictator' (2012).

Memasuki 'Plaza de España' dari Av. Portugal. Masuk adalah percuma.

Pelan menunjukkan muzium dan jabatan-jabatan kerajaan di bangunan 'Plaza de España'

Hiasan jubin-jubin yang menarik di dinding bangunan' Plaza de España'. Tangga ke tingkat atas menempatkan Muzium Tentera dan jabatan-jabatan kerajaan.

Bahagian dalam selepas pintu masuk ke 'Plaza de España'

Pemandangan panorama bangunan separa-bulatan dari 'Plaza de España'

Menara sebelah hujung utara bangunan separa-bulatan di 'Plaza de España'

Pemandangan ke arah menara sebelah hujung selatan bangunan separa-bulatan di 'Plaza de España'

Pemandangan dari jambatan merentangi terusan sebelah hujung utara bangunan separa-bulatan di 'Plaza de España'.

Pemandangan bahagian tengah bangunan dari 'Plaza de España'

Bahagian hujung selatan bangunan separa-bulatan dan pancuran air  direka oleh Vicente Traver di tengah-tengah 'Plaza de España'.


Bersambungan ke Bahagian 3: Real Alcázar de Sevilla (Royal Alcázar of Seville)

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 6 Januari 2017

Like This Blog:     Follow@Twitter:  

Kembali ke Bahagian 1: Metropol Parasol

Kembali ke Pendahuluan    ⟺    Bersambung hari ke-6

No comments:

Post a Comment