KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 07 (06/12/2016): MADRID-DUBAI
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Bahagian 2: Las Rozas Village Outlet
Selepas melawat ke Royal Palace of Madrid (Palacio Real de Madrid), acara kemuncak yang ditunggu oleh kaum hawa untuk membeli-belah di
Las Rozas Village Outlet yang terletak di Calle Juan Ramón Jiménez, 3, 28232 Las Rozas, Madrid, Spain, kira-kira 24 km dari Royal Palace of Madrid. Terdapat lebih daripada 100 butik berjenama terkenal disini.
Dalam pukul 11:30 AM tiba di
Las Rozas Village Outlet, seperti biasa, pemandu pelancong akan ke pusat penerangan untuk mendapatkan kad VIP bagi mendapatkan diskaun istimewa dan juga cara-cara untuk membuat tuntutan bebas cukai keatas barangan yang dibeli. Bagi pengunjung luar dari Kesatuan Eropah (EU), boleh membuat tuntutan sehingga 15.7% keatas cukai barangan bagi pembelian melebihi 90.16 Euro (termasuk VAT atau GST). Setiap barangan dibeli mesti dilampirkan dengan slip bebas cukai yang disahkan (distamp) oleh penjual (sila minta dengan menyatakan kita adala pelancong dengan menunjukkan passport jika diminta) untuk pemeriksaan dan pengesahan kastam, dan seterusnya membuat tuntutan di agen Global Blue atau Premier Tax Free semasa di lapangan terbang nanti.
Berkenaan VAT di Sepanyol
Apabila warganegara Eropah membeli apa-apa barang di dalam EU, mereka membayar cukai yang dipanggil VAT (Value Added Tax / Cukai Nilai Ditambah atau dikenali sebagai IVA (Impuesto sobre el Valor Añadido ) di Sepanyol). Sesiapa sahaja yang tinggal di luar EU berhak menuntut cukai VAT dari apa-apa barang yang mereka beli di Sepanyol yang hendak dibawa pulang ke negara asal masing-masing tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut.
Adalah lebih baik untuk bertanya di kedai jika mereka adalah ahli TAX FREE Spain Refund sebelum membeli apa-apa barang. Bagaimanapun kebanyakan item mempunyai komponen VAT yang berjumlah 21% di Sepanyol tidak termasuk beberapa item khas yang mempunyai kadar cukai VAT 10%.
Terdapat tiga tahap VAT atau IVA di Sepanyol:
IVA am - 21 peratus barangan dan perkhidmatan.
IVA reducido - 10 peratus ke atas perubatan / farmaseutikal.
IVA superreducido - 4 peratus pada makanan penting dan surat khabar.
Anda berbelanja lebih daripada € 90.15 pada barangan dibeli bagi melayakkan membuat tuntutan.
|
Melalui ladang pokok zaitun ketika dalam perjalanan ke Las Rozas Village Outle |
|
Tiba di Las Rozas Village Outlet dalam pukul 11:30 AM |
|
Sudah pukul 1:18 PM, masih menunggu yang lain-lain masih bershopping untuk makan tengahari |
|
sabar menanti |
|
Mana dia mana dia, siapa masih tiada |
|
Salah satu butik menjadi pilihan untuk membeli tas tangan bagi orang Malaysia |
|
Sementara menunggu, lihat dulu motor-motor di kawasan parkir |
|
Yamaha XT660Z Tenere |
|
Yamaha XT660Z Tenere |
|
Triumph Tiger 1200 XRT |
|
Suzuki V-Strom 1000 |
|
Suzuki V-Strom 1000 |
|
Emmm motor apa pula ni? |
Dalam pukul 1:00 PM, berkumpul semula untuk makan tengahari di Restoran Kebab Turki yang terletak Heron City Las Rozas, taman tema hiburan yang terletak bersebelahan Las Rozas Village Outlet. Selepas makan tengahari, aktiviti membelah-belah bersambung semula. Dalam pukul 3:00PM, kami berkumpul semula untuk kembali ke bas seterusnya menuju ke lapangan terbang.
|
Las Rozas Village Outlet dari Heron City Las Rozas |
|
Peserta wanita nampak gembira dengan barangan idaman dari Las Rozas Village Outlet |
|
Peserta wanita nampak gembira dengan barangan idaman dari Las Rozas Village Outlet |
|
Peserta wanita nampak gembira dengan barangan idaman dari Las Rozas Village Outlet |
|
Motor-motor dekat parkir Heron City Las Rozas |
|
Aprilia RS125 di parkir Heron City Las Rozas |
|
Taman tema Heron City Las Rozas |
|
Memasuki Restoren Istanbul Kebab di Heron City Las Rozas |
|
Restoren Istanbul Kebab di Heron City Las Rozas |
|
Menu halal di Restoren Istanbul Kebab, Heron City Las Rozas |
|
Sekitar Heron City Las Rozas |
|
Ada pohon kurma berbuah dekat Restoren Kebab di Heron City Las Rozas |
|
Heron City Las Rozas |
Madrid-Barajas Adolfo Suárez Airport
Kami tiba awal di Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan pulang ke ke Kuala Lumpur melalui Dubai. Solat terlebih dahulu di bilik solat (bilik solat untuk pelbagai agama sebenarnya) di terminal. Seterusnya ke pejabat atau kaunter Kastam terletak di Terminal T4 bersebelahan 'Security Control' untuk pengesahan (stamp) barangan-barangan dibeli pada slip bebas cukai untuk tuntutan bayaran balik cukai VAT selepas check-in nanti. Barangan yang hendak dituntut perlu 'standby' dulu semasa pengesahan kastam jika diminta sebelum dimasukkan ke dalam beg besar untuk daftar masuk. Selepas mendaftar masuk ke terminal berlepas, perlu ke kaunter agen Global Blue atau Premier Tax Free, terletak di T4 berdekatan pusat beli-belah, untuk membuat tuntutan bayaran balik cukai VAT pula. Bayaran balik dibuat dalam matawang negara asal pelancong (Malaysia) mengikut passport, boleh mohon ditukarkan kepada matawang Euro atau dollar Amerika.
Route perjalanan bas dari Royal Palace of Madrid ke Las Rozas Village Outlet dan Madrid-Barajas Adolfo Suárez Airport (laluan khas untuk bas di bandar mungkin sedikit berbeza).
Madrid - Dubai
Penerbangan pulang menggunakan penerbangan Emirates EK144 yang akan berlepas pada pukul 2140 dan tiba di Doha keesokkanya pada 0740 mengambil masa penerbangan hampir 7 jam.
|
Maklumat berkenaan pesawat Boeing B777-300 |
|
Maklumat penerbangan EK144 ketika berada dalam pesawat sebelum berlepas |
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺
Bersambung hari ke-8⇨
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 2 November 2017
Follow@Twitter:
View web version if you have problem in viewing mobile version
No comments:
Post a Comment