KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan bertolak ke Madrid melalui Mérida, Extremadura. Di Madrid, ziarah dan bersholat di Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid), Real Madrid 'Bernabeu Tour' di Stadium Santiago Bernabeu dan berjalan-jalan di Gran Via yang dipenuhi pusat membeli belah. Bermalam di Madrid.
Bahagian 1: Dari Seville ke Madrid dan Pusat Islam Madrid
|
Centro Cultural Islámico y Mezquita de Madrid, Madrid, Spain |
Catatan Kembara
Jejak sejarah Andalusia bermula di Toledo, diikuti Cordoba, Granada dan berakhir di Seville sungguh meninggalkan kesan mendalam di jiwa. Kami meninggalkan Seville setelah menyaksikan kehebatan sebuah sebuah kerajaan Islam Al-Andalus dibawah pemerintahan Khalifah sehingga berpecah-belah kepada kerajaan-kerajaan Taifa (negeri-negeri kecil masuklah Toledo, Cordoba, Ganada dan Seville) yang semakin lemah sehingga jatuh satu persatu ke tangan kerajaan Kristian akibat pengkhianatan dan komplot dalaman sesama sendiri sehingga tercetus perang saudara. Kegemilangan kerajaan Islam silam di Al-Andalus tinggal menjadi kenangan dan pengajaran.
Route perjalanan bas dari Seville ke Madrid (laluan khas untuk bas di bandar mungkin sedikit berbeza).
Selepas sarapan di hotel, bertolak kembali ke Madrid. Perjalanan dengan bas ke Madrid melalui route E-803/A-66 Autovia Ruta de la Plata sehingga Merida, Extremadura dalam 200 km. Seterusnya memasuki route E-90/A-5 Autovia de Extremadura sehingga sampai ke Madrid dan langsung ke Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid), Madrid. Jadi route ini sebenarnya tidak melalui Baeza mengikut itinerari asal. Baeza sebenarnya telah dilalui semasa perjalanan dari Toledo ke Cardoba
Kami bertolak agak awal dari Seville supaya berkesempatan ke Santiago Bernabeu Stadium, iaitu stadium tuan rumah bagi pasukan bolasepak Real Madrid bagi memberi ruang kepada peserta yang ingin mengikuti Real Madrid 'Bernabeu Tour'. Perjalanan selama 5 jam dengan jarak perjalanan kira-kira 545 km dengan dua hentian rehat dan rawat untuk berehat minum kopi dan makan tengahari terutama bagi pemandu bas. Cuaca baik sepanjang perjalanan.
|
Pemandangan Sungai Guadiana dari jambatan laluan Route A5 berdekatan Merida, Extremadura |
Lebih kurang pukul 10:00 pagi tiba di hentian rehat dan rawat pertama iaitu di
Harley-Davidson Extremadura, Estación De Servicios, Antigua Nacional V, km 334, Margen Izquierda, Mérida, Badajoz. Hentian ini sebenarnya terletak kira-kira 8 km dari Mérida, ibu negeri bagi Extremadura, kira-kira 1 km sebelum susur keluar ke Truillanos dari route E-90/A-5. Terdapat bilik pameran dan pusat jualan motorsikal buatan Amerika iaitu Harley-Davidson berserta barangan aksesorinya, pusat servis, Harley-style cafe, dan restoran. Terdapat satu lagi 'pitstop' untuk motorsikal buatan Itali di hentian rehat dan rawat ini iaitu
Ducati Extrememadura. Tetapi tidak berkesempatan meninjau kerana kesuntukan masa. Lagi pun kelihatan seperti tutup pula. Sebelah Ducati Extremadura, asalnya merupakan pusat jualan motorsikal Triumph tetapi sekarang telah menjadi Honda Power Equipment Extremadura.
|
Harley-Davidson Extremadura, Antigua Nacional V, km 334, 200 Margen Izquierda, Mérida, Badajoz. |
|
Ducati Extremadura, Antigua Nacional V, km 334, 200 Margen Izquierda, Mérida, Badajoz. |
Saya rasa hentian rehat dan rawat ini istimewa buat bikers yang memberi fokus kepada motorsikal dimana terdapat 'pitstops' khas untuk motorsikal dan bikers, mungkin kerana lokasi hentian rawat ini agak strategik terletak berhampiran dua lebuhraya menghubungkan ke litar antarabangsa untuk perlumbaan motorsikal sirkit kejuaraan dunia Moto Grandprix (MotoGP) dan World Superbike (WSBK) terletak di Jerez, Spain (melalui route E-803) dan Estoril, Portugal (route E802) dari Madrid (route E-90).
Selain bolasepak, sukan lumba motor amat popular di Spain di mana ramai pelumba muda berbakat dari Malaysia dihantar ke Spain untuk menimba pengalaman dalam perlumbaan sirkit tempatan sebagai persediaan sebelum menyertai kejuaraan dunia seperti pelumba Moto2 Malaysia
Hafizh Syahrin dari pasukan Petronas Raceline Malaysia team yang menyertai perlumbaan siri Moto2 Spain pada tahun 2012 dan kini beraksi penuh dalam kejohanan dunia MotoGP sejak tahun 2014.
|
Ruang pameran pusat jualan Harley-Davidson Extremadura, Mérida, Badajoz. |
|
Ruang pameran pusat jualan daengan barangan kelengkapan Harley-Davidson Extremadura, Mérida, Badajoz. |
|
Ruang pameran pusat jualan dengan barangan aksosseri Harley-Davidson Extremadura, Mérida, Badajoz. |
Sebelum bas bertolak, saya sempat membeli sepasang 'riding boot Triumph made by AlpineStar' yang ditawarkan dengan potongan harga 30 peratus untuk jualan penghabisan stok lama Triumph di pusat jualan Harley-Davidson. Boleh lah buat kenangan sempena trip Andalusia. Cuba dapatkan resit dengan borang pengesahan tuntutan pengecualian cukai barangan (VAT 21%), tapi kedai tidak dapat berbuat demikian. Mungkin mereka tidak menjangka pelawat dari luar Kesatuan Eropah (EU) datang membeli belah disini.
Perjalanan dari Mérida-Santa Cruz-Almaraz disajikan dengan landskap tipikal pemandangan pergunungan dan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5. Selepas Almaraz, saya melelapkan mata seketika sehinggalah tiba ke hentian rehat dan rawat seterusnya di E.S. El Berrocal, Autovía A5, km182, Navalmoral de la Mata, Cáceres dalam 12:30 tengahari untuk makan tengahari.
|
Menghampiri susur keluar ke Puerto de Santa Cruz dari route E-90/A-5. |
|
Pemandangan berbukit dengan ladang pokok zaitun berdekatan susur keluar ke Puerto de Santa Cruz dari route E-90/A-5. |
|
Pemandangan pergunungan dan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5 (Santa Cruz-Almaraz) |
|
Pemandangan berbukit dengan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5 (Santa Cruz-Almaraz) |
|
Pemandangan berbukit dengan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5 (Santa Cruz-Almaraz) |
|
Pemandangan pergunungan dan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5 (Santa Cruz-Almaraz) |
|
Empangan Arrocampo-Almaraz dari Route E-90/A-5 |
Sedikit infomasi berkenaaan Empangan Arrocampo-Almaraz Reservoir terletak di timur laut wilayah Cáceres, Extremadura ini dibina pada tahun 1976. Empangan ini sebenarnya berfungsi sebagai penyejuk untuk turbin
Loji Kuasa Nuklear Almaraz. Nuklear! mengingatkan saya pada awal zaman pekerjaan pernah beberapa bulan bekerja sementara di Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), Bangi, Selangor pada tahun 1992. Kini dikenali sebagai
Agensi Nuklear Malaysia (Malaysia Nuclear Agency). Sudah pasti kewujudannya loji ini bukan sahaja dbimbangi pencinta alam sekitar dan penduduk berdekatan, bahkan negara jiran, Portugal.
Dalam, pukul 2:30 petang, kami mula memasuki bandaraya Madrid, dan tiba di
Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid) dalam pukul 2:45 petang untuk bersholat. Dalam pukul 3:20 petang, bas membawa rombongan ke Stadium Santiago Bernabeu, untuk peserta ingin mengikuti 'Bernabeu Tour''
|
Pemandangan pergunungan dan ladang pokok zaitun sepanjang Route E-90/A-5 (Almaraz, Cáceres) |
|
Menara dengan ladang tenaga solar berdekatan persimpangan Belvis de Monroy, Almaraz dari Route E-90/A-5 |
|
Pemandangan Belvís de Monroy Castle dari Route E-90/A-5 (Cáceres) |
|
Hentian E.S. El Berrocal, Autovía A5, km182, Navalmoral de la Mata, Cáceres |
|
Stesen minyak Repsol di E.S. El Berrocal, Autovía A5, km182, Navalmoral de la Mata, Cáceres |
|
Bas sepanjang kembara. Nak rasa suasana El Berrocal dan pemandangan disekitarnya dulu. |
|
Permandangan persimpangan masuk E.S. El Berrocal, Autovía A5, km182, Navalmoral de la Mata, Cáceres |
|
Pemandangan kota lama Oropesa (Castillo de Oropesa) dikelilingi ladang pokok zaitun dari Route E-90/A-5 |
Pusat Kebudayaan Islam Madrid ("Centro Cultural Islámico de Madrid")
Pembinaan Pusat Kebudayaan Islam Madrid, yang dianggap institusi kebudayaan Islam terbesar di Sepanyol, adalah bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara Islam dengan Madrid. Ia telah dirasmikan pada 21 September 1992 oleh Raja Sepanyol D. Juan Carlos dan D. Sofia, dan Putera Salman Bin Abdul Aziz mewakili Raja Saudi, Fahd Bin Abdulaziz Al Saud.
Masjid Besar Madrid ("Mezquita de Madrid")
Masjid ini telah dibuka dengan rasmi pada masa yang sama dengan pembukaan Pusat Kebudayaan Islam Madrid. Masjid Besar Madrid hanya mempunyai satu sahaja menara azan (minaret) di bangunan enam tingkat pusat kebudayaan ini dan dibina menggunakan marmar putih Almeria
|
Centro Cultural Islámico y Mezquita de Madrid, Calle Salvador de Madariaga, 7, Madrid, Spain |
|
Masjid Besar Madrid dan juga Pusat Islam Madrid |
|
Pusat Islam Madrid |
|
Bergambar kenangan di Pusat Islam Madrid |
|
Ruang pameran Pusat Islam Madrid |
|
Ruang pameran Pusat Islam Madrid |
|
Ruang sholat utama dalam Masjid Besar Madrid |
|
Meninggalkan Masjid Besar Madrid/Pusat Islam Madrid untuk kembali ke bas |
|
Cuaca di Madrid |
|
Waktu sholat di Madrid |
Bersambung ke Bahagian 2: 'Real Madrid Bernabeu Tour'
Terima kasih kerana melayari blog ini.
Wassalam,
Fauzy
Dinukilankan pada 14 Februari 2017
Follow@Twitter:
⇦
Kembali ke Pendahuluan ⟺ Bersambung hari ke-7 ⇨(akan menyusul kemudian)
No comments:
Post a Comment