Sunday, 4 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 4

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 4:  Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Seterusnya rombongan kembara ke Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower terletak berdekatan dengan dengan kompleks Istana Alcázar melalui Plaza Virgen de los Reyes. Seville Cathedral (Santa Maria de la Sede) terdiri di atas tapak atau struktur asalnya merupakan Masjid Besar Seville (Aljama) yang dibina bermula tahun 1184 M ketika pemerintahan Almohad dan siap pada tahun 1198 M.

 Manakala, Menara loceng 'La Giralda' dengan tinggi keseluruhannya hampir 105 m itu pula merupakan struktur asal menara azan masjid (minaret) membentuk dua pertiga (bahagian bawah dari tingkat loceng) daripada struktur yang kelihatan sekarang, dan menjadi simbol atau ikon paling terkenal bandar Seville (juga semasa zaman pertengahan). Menara azan ini dibina  dibawah arahan arkitek Ahmad Ben Baso dalam tahun 1184 M. Jabir Bin Aflah, seorang ahli matematik dan astronomi juga menyumbang kepada rekabentuk menara ini untuk tujuan kajian astronomi dan juga ketenteraan. Bahagian atas 'La Giralda Bell Tower' telah ditambah pada zaman Renaissance antara tahun 1558 dan 1568 selepas struktur asal mengalami kerosakan akibat dua kejadian gempa bumi pada tahun 1356 dan 1362. Dinamakan 'La Giralda' sempena satu patung di puncak menara di panggil "El Giraldillo" menjadi simbol kejayaan Kristian.

Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower dari Plaza del Triunfo (Real Alcazar)



 Setelah kerajaan Islam Seville jatuh pada tahun 1248 M ke tangan pemerintah Kristian, Masjid Besar Seville telah ditukarkan menjadi sebuah Roman Katolik Katedral. Masjid Besar Seville telah mengalami kerosakkan akibat kejadian gempa bumi pada tahun 1356 M. Bermula 1402 M, kerja-kerja pembinaan katedral baru bermula dan siap pada tahun 1517 M. Kerja-kerja dalaman berterusan sampai awal kurun ke-20 sehingga menjadi 'Gothic Cathedral' yang terbesar di dunia mengatasi Byzantine Cathedral Hagia Sophia di Istanbul, Turki yang telah memegang rekod tersebut hampir seribu tahun. Katedral ini juga menjadi makam atau tempat persemadian terakhir pelayar/pengembara terkenal Christopher Columbus dengan penemuan Amerika pada tahun 1492.

Seville Cathedral telah diwartakan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia bersama-sama dengan kompleks istana Alcazar dan Arkib Jeneral Hindia (Archive of the Indies - di mana catatan sejarah benua Amerika disimpan).

Archive of the Indies (Archivo de Indias) dan Seville Cathedral (Catedral de Seville) dari Plaza del Triunfo / Real Alcazar

Menuju ke Seville Cathedral dari Plaza del Triunfo / Real Alcazar

Perkhidmatan pedati berkuda untuk bersiar-siar sekitar  Seville Cathedral 

Bahagian 'apse' Seville Cathedral bersebelahan Giralda Tower

Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower). Dua pertiga struktur asal merupakan menara azan (minaret) Masjid Besar Seville. Kelihatan gerbang-gerbang tingkap asal dari senibina muslim Moors. Menara azan ini dibina menyerupai menara Masjid Koutoubia di Marrakech, Maghribi.

Istana Biskop (Palacio Arzobispal) di Plaza Virgen de los Reyes bersebelahan dengan bahagian timur Seville Cathedral

Plaza Virgen de los Reyes (Virgin of the Kings Square) bersebelahan dengan bahagian timur Seville Cathedral


 Dalam pukul 3:25 petang, kami memasuki Seville Cathedral di bahagian utara melalui 'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)' terletak berdekatan La Giralda Tower (minaret) ke 'Orange Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'. Dinamakan  'The Door of the Lizard' sempena terdapat seekor buaya yang diawet tergantung dari siling. Menurut lagenda buaya itu merangkak keluar dari sungai dan menganas dalam bandar. Buaya yang diawet sudah lama tiada dan diganti dengan replika ukiran kayu. Mengikut sejarah pula mengatakan buaya awet bersama-sama dengan gading dan barangan lain adalah merupakan hadiah (pada pertengahan abad ke-13) pemberian Raja Mesir kepada Raja Sepanyol dalam usaha untuk mewujudkan hubungan diplomatik.

 Menara azan (minaret) dan Laman Pohon Oren ('Orange Tree Courtyard') merupakan dua binaan asal Masjid Besar Seville yang masih kekal. Dari laman pokok oren terdapat pintu masuk bahagian utara ke dalam Katedral iaitu 'The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' yang memaparkan gaya senibina 'Gothic'

 Setelah melihat sekitar Laman Pohon Oren yang mempunyai susun atur seperti Masjid Agong Cordoba di mana Laman Pohon Oren (asalnya tempat berwuduk) dan Bell Tower (asalnya minaret). Kami kembali ke 'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)' untuk memasuki ruangan dalam katedral yang terbahagi kepada lima lorong oleh tiang-tiang besar yang menjulang tinggi memegang tulang rusuk siling berkubah gaya Gothic, di mana ketinggian siling mencapai sehingga 42 m. Pada satu bahagian dalam katedral terdapat makam Christopher Columbus, yang diusung oleh empat pembawa mewakili empat kerajaan lama Sepanyol (Castile, Navarre, Aragón dan León).

 Lawatan diakhiri dengan berjalan mendaki tanjakan ke tingkat atau ruang loceng di aras 35 Menara La Giralda. Dari atas sini, kami dapat melihat panaroma kota Sevilla.

Para peserta menunggu masuk ke Seville Cathedral melalui pintu masuk 'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)'. Pengunjung di kenakan bayara masuk sebanyak  9 €.


The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)

 'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)' terletak berdekatan La Giralda Tower (minaret) ke 'Orange Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'

Dinamakan  'The Door of the Lizard' sempena terdapat seekor buaya yang diawet (asalnya) tergantung dari siling tetapi telah diganti dengan replika ukiran kayu. Gerbang berbentuk ladam kuda yang merupakan struktur asal masjid yang masih kelihatan di koridor atau galeri  'Orange Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'

Pintu masuk ke dalam katedral dari pintu  'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)' 
'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)'  dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' berlatar belakangkan menara azan (minarret) struktur asal masjid pada La Giralda Tower. Gerbang berbentuk ladam kuda merupakan struktur asal masjid. 

Orange Tree Courtyard  (Patio de los Naranjos) dan Door of Forgiveness (Puerta del Perdón)

'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' dilihat dari 'The Door of the Lizard (Puerta del Lagarto)' 

Door of Forgiveness (Puerta del Perdón) merupakan pintu masuk ke 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' dari Calle Alemanes. Pintu gerbang berbentuk ladam kuda ini merupakan struktur asal masjid. Pada kurun ke-16 pintu gerbang ini telah dihiasi dengan ukiran dan hiasan tampalan. Pancuran air pula menjadi tempat berwuduk di mana batu tadahan berasal dari era Visigoth atau Roman.


The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)

'The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' telah dibina pada tahun 1895 dalam gaya Gothic yang disesuaikan dengan seluruh bangunan katedral.

'The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'

The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' berlatarbelakangkan Menara loceng La Giralda (La Giralda Tower)

Pandangan sisi The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' 

Bahagian Dalaman Seville Cathedral

Ruangan lorong atau barisan ke-5 (paling belakang hala ke barat) dalam katedral yang disokong oleh tiang-tiang besar yang menjulang tinggi memegang tulang rusuk siling gaya Gothic.

Ruangan lorong atau barisan ke-3 (paling lebar di tengah-tengah) dalam katedral yang disokong oleh tiang-tiang besar yang menjulang tinggi memegang tulang rusuk siling berkubah gaya Gothic, di mana ketinggian siling mencapai sehingga 42 m. Ruangan utama yang menempatkan 'Royal Chapel', 'Choir'  dan 'The Gothic Retablo Mayor (altarpiece).

Siling berkubah gaya Gothic bahagian paling tengah dalam katedral atau 'Transept'

'The Gothic Retablo Mayor (altarpiece)' merupakan dinding emas yang terdapat ukiran-ukiran berdasarkan peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam Kitab Perjanjian  Lama ('the Old Testament') dan juga berkisar kehidupan 'Jesus Christ'. Kepercayaan doktrin Kristian berkenaan "Jesus Christ' ini berlainan dengan apa yang difahami oleh orang Muslim tentang Nasi Isa menurut Al-Qur'an.
'The Gothic Retablo Mayor (altarpiece)'  mula dibuat pada tahun 1482 dan telah siap pada tahun 1564 dikatakan 'altarpiece' yang terbesar dan termewah di dunia. Emas yang banyak digunakan dalam altarpiece dikatakan datangnya dari Amerika.



Ruangan menempatkan 'Silver Altar'  dilihat dari sebelah kiri Retablo Mayor (altarpiece)'.  'Silver Altar'  terletak diruangan lorong atau barisan ke-5 

 Ruangan menempatkan makam Christopher Columbus dilihat dari sebelah kanan Retablo Mayor (altarpiece)', yang terletak di ruangan lorong atau barisan pertama

Ruangan lorong atau barisan ke-4 ( (hala ke timur) dalam katedral yang disokong oleh tiang-tiang besar yang menjulang tinggi memegang tulang rusuk siling gaya Gothic.

Ruangan lorong atau barisan pertama yang menempatkan makam Christopher Columbus, yang diusung oleh empat patung pembawa mewakili empat kerajaan lama Sepanyol (Castile, Navarre, Aragón dan León). Pada mulanya makam ini dibina pada 1892 untuk Cathedral di Havana, tetapi apabila Cuba mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyaol, kubur Christopher Columbus dibawa pulang ke Seville dan disemadikan di sini.

Ruangan lorong atau barisan pertama (hala ke timur),  sebelah kiri makam Christopher Columbus

Peserta perempuan bergambar dengan imej cermin bahagian syiling ruangan lorong atau barisan ke-4 

Peserta perempuan bergambar dengan imej cermin bahagian syiling ruangan lorong atau barisan ke-4.

La Giralda Bell Tower

Berada di tingkat atau ruang loceng Menara Giralda (La Giralda Bell Tower) setelah 'menapak' tanjakan ke aras 35 yang berpusing-pusing di dalam menara dengan ketinggian melebihi  100 m. Setiap aras disambung dengan dua tanjak rata bercerun landai yang tidak mempunyai anak tangga. Pernah dijadikan menara tinjau ketenteraan di mana tangga tersebut dapat memuatkan dua pengawal atau bilal naik secara bersaingan dan juga dengan menunggang kuda atau keldai. Kaki tak berapa 'fit', Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Naik satu hal nak turun satu hal lagi ni. Bayaran naik sini €8, berasingan dari bayaran masuk ke katedral.

Sebahagian loceng-loceng yang terdapat di bahagian atas Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Sebahagian loceng-loceng yang terdapat di bahagian atas Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Kelihatan  'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'  dan sebahagian bumbung Seville Cathedral dilihat dari hala barat ruang loceng Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower)  

Kelihatan  sebahagian bumbung Seville Cathedral dilihat dari dari hala barat ruang loceng Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower)  

Kelihatan  sebahagian bumbung Seville Cathedral dan pemandangan kota Seville dilihat dari hala barat ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Kelihatan  sebahagian bumbung Seville Cathedral dan pemandangan kota Seville dilihat dari hala barat ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower). Bangunan tertinggi kelihatan adalah 'The Sevilla Tower (Torre Sevilla)'.

Pemandangan panorama kota Seville dilihat dari hala barat ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower).  'The Sevilla Tower (Torre Sevilla)' adalah bangunan pejabat pencakar langit 40 tingkat dengan ketinggian 180.5 m. 

Pemandangan panorama kota Seville dilihat dari hala barat ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower).   'The Sevilla Tower (Torre Sevilla)' adalah bangunan tertinggi di Seville dan juga Andalusia.

Pemandangan panorama kota Seville dilihat dari hala utara ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Pemandangan panorama kota Seville (Santa Cruz) dilihat dari hala timur ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Pemandangan panorama kota Seville (Santa Cruz) dilihat dari hala timur ruang loceng  Menara La Giralda (La Giralda Bell Tower) 

Kembali ke perkarangan  'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'  setelah melawat Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower) atau menara azan Masjid Besar Seville. 'The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)' 

Kembali ke perkarangan  ''Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'  setelah melawat Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower) atau menara azan Masjid Besar Seville seperti yang kelihatan dari  ''Orange 'Tree Courtyard". Sebahagian 'The Door of the Conception (Puerta de la Concepción)' dilihat dari 'Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'

Kembali ke perkarangan  ''Orange 'Tree Courtyard (Patio de los Naranjos)'  setelah melawat Menara loceng La Giralda (La Giralda Bell Tower) atau menara azan Masjid Besar Seville seperti yang kelihatan dari  ''Orange 'Tree Courtyard .

Peserta peempuan bergambar kenangan dengan pemandu pelancong tempatan yang mengepalai  rombongan kembara semasa lawatan di Seville. 

Lawatan di Seville Cathedral berakhir dalam pukul 4:15 petang. Dari Menara Loceng La Giralda, kira-kira 15 minit berjalan kaki, tiba di bas yang menunggu di hadapan Plaza de Toros de Seville terletak berhampiran sungai Guadalquivir, iaitu stadium sukan lawan lembu yang dibina pada 1761 dan dapat menampung seramai 14,000 penonton. Dari pelabuhan yang terletak di sungai Guadalquivir inilah Christopher Columbus memulakan pelayarannya ke Amerika dan Magallanes mengelilingi dunia.

Berjalan melalui Calle Alemanes

Tram melalui Av. del la Constituciom

Plaza de Toros de Seville (Plaza de toros de la Real Maestranza de Caballería de Sevilla, Paseo de Cristóbal Colón,) iaitu stadium sukan lawan lembu yang dibina pada 1761. 

Bas melalui jalan berhampiran Sungai Guadalquivir di mana Christopher Columbus memulakan pelayarannya ke Amerika dan Magallanes mengelilingi dunia.


Bersambung ke Bahagian 5: Stadium Ramón Sánchez Pizjuán (Sevilla FC)

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 20 Januari 2017

Like This Blog:     Follow@Twitter:  

Kembali ke Bahagian 1: Metropol Parasol

Kembali ke Bahagian 2: Plaza de España (Spain Square)

Kembali ke Bahagian 3: Real Alcázar de Sevilla (Royal Alcázar of Seville)

Kembali ke Pendahuluan    ⟺    Bersambung hari ke-6

No comments:

Post a Comment