Monday, 5 December 2016

Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 2

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Bahagian 2:  Real Madrid Bernabéu Tour

 Dalam pukul 3:35 petang tiba di Stadium Santiago Bernabéu. Oleh kerana lawatan ke 'Real Madrid Bernabéu Tour' adalah sebagai pilihan untuk para peserta yang berminat maka terpaksalah kena beli tiket sendiri. Harga untuk orang dewasa adalah 24 Euro (dalam RM120). Biasalah ada yang berkata, alang-alang dah sampai sini. Jom masuk tengok. Entah-entah inilah peluang sekali dalam seumur hidup. Kami diberi masa satu setengah jam untuk melawat, jadi kena cepat-cepat pergi beratur untuk membeli tiket terlebih dahulu sebelum ke pintu masuk kerana sudah ada ketibaan para pelancong lain.

Stadium Santiago Bernabéu


Persekitaran luar Stadium Santiago Bernabéu

Bahagian luar Stadium Santiago Bernabéu berdekatan kaunter tiket untuk 'Real Madrid Bernabéu Tour'

Para peserta beratur membeli tiket 'Real Madrid Bernabéu Tour'

Tiba-tiba semua menjadi penyokong Real Madrid

Tiket berharga 24 Euro (dalam RM120)

Risalah panduan pelawat 'Real Madrid Bernabéu Tour'


 Mengikut risalah yang disediakan untuk para pelawat terdapat 10 bahagian dalaman stadium yang boleh dilawati. Memandangkan stadium ini merupakan struktur yang besar dan dalam masa 1.5 jam diberikan agak singkat untuk melawat setiap bahagian.

1. Panorama Gelanggang Stadium (Panoramic View of The Stadium)
Lawatan bermula dengan aras tempat duduk penonton yang tertinggi di dalam stadium. Dari sini dapat melihat pandangan panorama keseluruhan bahagian dalam stadium atau gelanggang padang bola dengan barisan tempat duduk yang dapat memuatkan kira-kira 80,000 penonton.

Pemandangan dari bahagian atas dalam Stadium Santiago Bernabéu

Pemandangan dari bahagian atas dalam Stadium Santiago Bernabéu

Bergambar kenangan dari bahagian atas dalam Stadium Santiago Bernabéu


2. Galeri Kegemilangan Kelab (Best Club Ever Room)
Perjalanan dalam galeri ini diiringi dengan interaktif visual dan audio memaparkan sejarah kelab sebagai Kelab Terbaik di abad ke 20 ('the Best Club of the 20th Century'). Menempatkan koleksi terbesar barangan dan piala-piala dimenangi seperti European Cup, Spanish King's Cup, Spanish Super Cub, League Championships, FIFA Club World Cup, UEFA Super Cup, European Super Cub, Intercontinental Cup, dan lain-lain.

Rekod pencapaian gemilang pasukan bola sepak Real Madrid dan juga pasukan bola keranjang Real Madrid

Pintu masuk ke 'Best Club Ever Room'

Piala Sepanyol menjadi milik Real Madrid selepas menjuarainya empat tahun berturut-turut pada 1905 hingga 1908

 

 



 

Ruang pameran dalam 'Best Club Ever Room'. Sebelah kiri panel-panel skrin untuk interaktif visual dan audio di sebelah kanan pula pameran barangan dan piala-piala kemenangan



 

 

 

 



 

 



 

 



 

 

 

 

 

 

 


Perubahan pada lambang-lambang Real Madrid dari penubuhannya hingga sekarang




3. Sensation Room
Galeri ini terdapat interaktif visual dan audio yang memaparkan pemain-pemain terbaik kelab dari dulu hingga sekarang, gerakan-gerakan yang mencipta jaringan-jaringan gol yang hebat dan juga mendengar sorakan penonton meraikan jaringan gol. Ianya membuatkan ada seolah-olah berada dalam stadium untuk turut meraikan detik-detik jaringan gol dengan semangat 'madridista' (ahli kelab penyokong)

Terdapat ruang mempamerkan jersi-jersi barisan pemain-pemain kelab terkini.  Diikuti ruangan pameran untuk anugerah-anugerah diterima oleh pemain-pemain terkemuka Real Madrid seperti Ballon D'or, Kasut Emas (Golden Boot), Pemain Terbaik FIFA (FIFA best player), Pemain Terbaik UEFA (UEFA Best Player), dan lain-lain lagi.

Di sudut "King of Europe' pula, dipamerkan 11 Piala-Piala Eropah (European Cups) yang dimenangi berserta iringan interaktif visual dan audio ketika sessi penyampaian hadiah, terutama ketika pasukan menjulang piala tersebut. Terdapat kamera automatik untuk mengambil gambar diri anda dengan menggunakan kod bar pada tiket dan mengabadikan photo anda menjadi sebahagian photo-mozek membentuk pemain ternama kelab.

Jersi dan kasut bola digunakan para pemain mengikut susunan nombor.

Jersi dan kasut bola digunakan para pemain mengikut susunan nombor.

Ruangan pameran untuk anugerah-anugerah diterima oleh pemain-pemain terkemuka Real Madrid

 

 

 

 

 


Sudut mempamerkan piala-piala dimenangi oleh pasukan bola keranjang Real Madrid

Sudut mempamerkan piala-piala dimenangi oleh pasukan bola keranjang Real Madrid

Sudut "King of Europe'

Sudut "King of Europe', mempamerkan 11 Piala-Piala Eropah (European Cups) yang dimenangi




Antara kesan visual disaat menjulang piala kemenangan

Gambar-gambar pelawat membentuk photo-mozek pemain terkenal Ronaldo di skrin besar.

Bergambar kenangan dulu. Aksi macam pesalah kena tangkap pulak.

Penghujung lawatan di 'Sensation Room'

4. Photo Montages
Ketika melalui ruangan ini, pelawat diajak oleh jurugambar untuk bergambar dengan pilihan pemain pujaan mereka dengan berlatarbelakang Stadium Santiago  Bernabéu secara iteraktif. Sebenarnya anda hanya membuat aksi di layar kosong dan diberikan tiket untuk membeli gambar tersebut semasa akhir lawatan. Di sini juga ditempatkan model bahagian luar Stadium Santiago  Bernabéu di masa hadapan. Oleh kerana kesuntukan masa untuk beratur menunggu giliran kami memohon untuk melepasi ke tempat lawatan seterusnya.

Model bahagian luar Stadium Santiago  Bernabéu di masa hadapan

Model bahagian luar Stadium Santiago  Bernabéu di masa hadapan

Model bahagian luar Stadium Santiago  Bernabéu di masa hadapan

5. Presidential Box
Apabila keluar dari bahagian bergambar, kami tiba di tempat duduk penonton bahagian bawah. Dari sini berjalan menuruni tangga untuk ke tempat duduk 'Presidential Box' dan kawasan padang ('Pitch'). 'Presidential Box' adalah kawasan paling esklusif dalam stadium dikhaskan untuk para eksekutif kelab, pihak berkuasa atau pengurus atasan dan tetamu istimewa. Masa suntuk hanya sempat memerhatikan sahaja. Tidak sempat duduk untuk merasainya sendiri. Peluang terakhir untuk merakam kenangan di dalam stadium sebelum keluar.









6. Pitch
Ada bahagian dibenarkan untuk pelawat merasa sendiri keadaan padang tersebut.

Pitch


7. Player's Tunnel, Benches and Coaching Area
Dari kawasan 'Pitch' memasuki terowong dilalui para pemain untuk ke padang dari bilik persediaan pemain-pemain dan jurulatih.  Hanya sempat memerhatikan sahaja sepintas lalu.

8. Bilik Persalinan (Dressing Rooms)
Ruangan persalinan pasukan utama kelab.

Bilik Persalinan (Dressing Rooms)

Bilik Persalinan (Dressing Rooms)


9. Dewan Sidang Media (Press Room)
Dewan tenpat berlangsungnya sidang media selepas perlawanan.

Dewan Sidang Media (Press Room)

Dewan Sidang Media (Press Room)


10.  Kedai Cenderahati Real Madrid dan Kad Keahlian Penyokong (Store and Madridista Card)
Kedai cenderahati rasmi untuk pelbagai barang-barangan 'Real Madrid'. Boleh juga memohon untuk mendaftarkan diri dan mendapat kad keahlian penyokong kelab ('Madridista Card') yang menawarkan potongan harga 5% keatas pembelian barangan kelab di kedai cenderahati dan berbagai keistimewaan lain. Hanya sekadar melalui kedai kerana tidak mempunyai masa untuk ber'shopping'. Walau bagaimana pun masih berpeluang mengunjungi kedai rasmi 'Real Madrid' di pusat membeli-belah dikunjungi dan juga di lapangan terbang.

Kedai Cenderahati Real Madrid 


 Bagi yang tidak mengikuti 'Real Madrid  Bernabéu Tour', boleh bersiar-siar serta bergambar sekitar stadium dan juga melawat tempat-tempat menarik berhampiran stadium seperti Plaza de Castilla untuk bergambar berlatar belakangkan menara berkembar 'The Gate of Europe' (Bahasa Sepanyol: Puerta de Europa), yang mana telah singgah sebentar pada waktu malam ketika hari pertama di Madrid.

Sebahagian peserta merakam kenangan di sekitar Stadium Santiago Bernabéu

Sebahagian peserta bergambar kenangan di Plaza de Castilla berlatar belakangkan menara berkembar 'The Gate of Europe'

Kembali semula ke bas, dan dalam 5:10 petang bertolak ke Gran Via pula.

Bersambung ke Bahagian 3: 'Gran Via'

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 16 Mac 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

Kembali ke Bahagian 1:  Dari Seville ke Madrid dan Pusat Islam Madrid

Kembali ke Pendahuluan    ⟺    Bersambung hari ke-7 ⇨(akan menyusul kemudian)

No comments:

Post a Comment