Tuesday, 31 January 2017

Achid Ride to Phnom Penh, Bus Ride to Saigon 2017 - Daily Updates

ACHID RIDE KE PHNOM PENH, BUS RIDE TO SAIGON 2017 

(Tajuk asal: ACHID RIDE KE SAIGON, VIETNAM 2017 )

"As Salam, dengan izin Nya, saya, Hj. Achid dan isteri saya, Hjh. Kyree, akan memulakan pengembaraan menunggang motosikal kami ke Vietnam mulai pagi ini selama18 hari. Kami akan merentasi Thailand dan Cambodia sebelum masuk ke Vietnam, Insya Allah. Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon agar sahabat Oiler Bikerz sekalian akan mendoakan keselamatan kami dan juga dipermudahkan segala urusan kami. Insya Allah, kita bertemu lagi pada hari Jumaat, 17 Feb 2017, Amin, Amin, Ya Robbal A Lamin.... Wassalam." Achid@31/01/2017 08:53

 Itulah mesej yang dikirimkan oleh sahabat OB, Bro Achid ke grup 'Whatsapp' memaklumkan perjalanan kembara dua roda beliau bersama isterinya ke Saigon, Vietnam merentasi 4 buat negara Asia Tenggara. Selamat berangkat ke destinasi yang dirancang buat Bro Achid dan isteri. Kami mendoakan  agar perjalanan musafir Thj Achid dan isteri sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sehinggalah selamat kembali ke tanah air. InsyaAllah.

 Beberapa hari sebelum trip Saigon ini, Bro Achid ada berkongsi mengenai perancangan dan persiapan trip beliau ke Saigon ini dengan saya. Dengan izin, saya akan berkongsi catatan harian perkembangan kembara Bro Achid di sini. Semoga pengalaman Bro Achid sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk pengembara-pengembara kental dua roda yang memasang impian yang sama untuk mengikuti jejak beliau. InsyaAllah.

Hj. Achid dengan isteri, Hjh. Kyree dan Triumph Tiger.. bermulanya perjalanan

Sunday, 29 January 2017

Singgah Sebentar di Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak, Melaka

SINGGAH SEBENTAR DI PANTAI KLEBANG DAN PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

29/01/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Selepas menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di Rembau, langsung terlajak ke Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak terletak di pesisir negeri Melaka.

 Sempena cuti Tahun Baru Cina, jalan agak sesak apabila tiba di Cheng sebelum memasuki persimpangan ke Pantai Klebang melalui Jalan Pulau Gadong. Dalam pukul 4:30 petang, tiba di jalan Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka yang juga sesak dengan kenderaan dan memenuhi parkir-parkir di kiri kanan jalan. Jadi terus keluar dari jalan pantai sebelum Bustel Klebang memasuki kawasan lapang berhampiran pantai dan terus parkir di situ. Pantai Klebang agak sinonim dengan Bustel  (bas yang ditukar menjadi hotel), Klebang Original Coconut Shake, dan Muzium Kapal Selam. Hasrat nak bersiar-siar dengan membuat buat satu pusingan dulu serta singgah di tempat-tempat tersebut terbantut disebabkan kesesakan lalu lintas.

 Sepanjang pesisiran pantai kelihatan ramai orang yang bersantai dan juga berkelah bersama keluarga. Oleh kerana pesisir pantai Klebang terletak dalam lagun, sebelah petangnya air surut dengan dasarnya yang agak cetek pula, sudah pasti ramai pengunjung yang mandi-manda terutamanya kanak-kanak. Ada dua aktiviti yang menarik perhatian saya iaitu aktiviti mencari atau mengutip kepah dan juga mengopek teritik oleh pengunjung-pengunjung pantai ini. Jom tengok...

Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka

Sunday, 22 January 2017

Klawang Sunday Ride 22/01/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (22/01/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu ke Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Hari ini kelihatan banyak grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang, tak kurang juga grup berbasikal beriadah dari Stage 2 hingga Stage 3. Di Klawang Pit Stop, kelihatan penuh dengan barisan motor dimana rider-rider berhenti rehat seketika dan bertemu mesra dengan rakan-rakan bikers lain sebelum meneruskan destinasi seterusnya, samada berpatah balik mengikuti Jalan Kuala Kelawang-Semenyih-Sg Tekali atau meneruskan perjalanan ke Simpang Pertang-Karak atau  Jalan Kuala Kelawang-Seremban.

Sessi bergambar 'Klawang Riders' 22/01/2017 di Klawang Pit Stop. Photo Kredit: Bro K

Sunday, 15 January 2017

OBian Ride ke Lemang To'Ki Bentung (15/01/2017)

OBIAN RIDE KE LEMANG TO' KI BENTUNG

15/01/2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sudah lama tidak ride bersama-sama dengan sahabat-sahabat OBian (OILERBIKERZ). Walaupun ada yang masih aktif dalam dunia permotoran, ramai juga yang sudah bersara dan juga dah 'slow down' kerana komitmen masing-masing dan juga keadaan semasa, dari segi ekonomi, pekerjaan, keluarga mahupun kesihatan. Walau bagaimana pun, antara kami masih berhubungan dalam grup sosial media atas silaturrahim  ('brotherhood') yang sudah wujud bertahun-tahun lama sejak saya mula 'terjebak' dalam dunia permotoran berkuasa tinggi.

 Ride hari ini sebenarnya pun tercetus hasil perbincangan dalam grup media sosial untuk  mengadakan 'short weekend ride' bagi OBian yang berkelapangan. Tuan Sifu Marshall Jebat mengajak ke Lemang To' Ki hujung minggu ini (hari ini).  Alhamdulilah, dapatlah kami berempat hari ini bersua muka untuk ride bersama-sama.

Obian rider trip hari ini dari kiri Abe Jam, Jebat, Hj Ipin dan Fauzy. RV point di BHP lepas Tol Gombak

Sunday, 8 January 2017

JomRide Klawang Permulaan Musim 2017 (08/01/2017)


JomRide Klawang Permulaan Musim 2017 (08/01/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride ke Klawang (Kuala Kelawang) dengan grup mengandungi lebih 25 buah motor. Boleh dikatakan ride Klawang untuk permulaan 'kelas' musim 2017. Hari ini memang kelihatan banyak grup permotoran yang turun melayan Klawang.


Sunday, 1 January 2017

JomRide Klawang Tahun Baru 2017

RIDE KLAWANG TAHUN BARU 2017


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahun Baru 2017,

Emmm... jam dah pukul 10:00 pagi ni. Tak kan tak ride tahun baru ni.. Dalam Whatsapp grup moto semua senyap je ni... nampaknya layan solo la ride tahun baru kali ni. Dah lama tak ride ke Klawang International Circuit (KIC). Last ride awal Nov 2016... ok lah layan KIC je la


Wednesday, 7 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 08: DUBAI-KUALA LUMPUR

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 08 (07/12/2016)DUBAI-KUALA LUMPUR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari terakhir kembara, penerbangan pulang dari Dubai ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Emirates EK342 menggunakan pesawat  Airbus 380-800 yang akan berlepas pada pukul 1015 dan tiba di Kuala Lumpur pada 2125 mengambil masa penerbangan hampir 7 jam. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat mendarat di KLIA. Selamat kembali ke Malaysia.

Terima kasih pada semua peserta-peserta kembara yang menjadi kenalan baru dan juga buat Tour Leader Pn. Rahimah dari dari agensi pelancongan Safir Go Travel yang telah menguruskan kembara ini dengan lancarnya.


Pesawat Airbus A380-300 yang akan dinaiki

Tuesday, 6 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 07: MADRID- DUBAI Bahagian 2

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 07 (06/12/2016)MADRID-DUBAI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Bahagian 2:  Las Rozas Village Outlet



Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 07: MADRID-DUBAI Bahagian 1

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 07 (06/12/2016)MADRID-DUBAI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Bahagian 1:  Royal Palace of Madrid


Monday, 5 December 2016

Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 3

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Bahagian 3:  Gran Vía

 Dalam pukul 5:30 petang tiba di Plaza de España, berhampiran Monumento A CERVANTES. Tempat yang sama disinggahi pada hari pertama di Madrid. Bas akan menunggu di sini sementara kami dibawa berjalan-jalan di Calle Gran Vía yang dipenuhi gedung membeli belah, kedai-kedai barangan berjenama, restoran-restoran dan panggung teater. Saya hanya bersiar-siar dan singgah di beberapa kedai menjual barangan cenderahati yang terdapat sepanjang jalan Gran Via ini. Hari ini sudah menempuh perjalanan jauh dan kepenatan dengan lawatan 'Real Madrid Bernabéu Tour', jadi hanya berjalan-jalan sebahagian Gran Via sahaja. Sebahagian peserta mencari kedai makanan halal untuk dibawa pulang ke hotel sebagai makan malam.

Tempat parkir bas di Plaza de España Madrid berhampiran Monumento A CERVANTES

Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 2

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Bahagian 2:  Real Madrid Bernabéu Tour

 Dalam pukul 3:35 petang tiba di Stadium Santiago Bernabéu. Oleh kerana lawatan ke 'Real Madrid Bernabéu Tour' adalah sebagai pilihan untuk para peserta yang berminat maka terpaksalah kena beli tiket sendiri. Harga untuk orang dewasa adalah 24 Euro (dalam RM120). Biasalah ada yang berkata, alang-alang dah sampai sini. Jom masuk tengok. Entah-entah inilah peluang sekali dalam seumur hidup. Kami diberi masa satu setengah jam untuk melawat, jadi kena cepat-cepat pergi beratur untuk membeli tiket terlebih dahulu sebelum ke pintu masuk kerana sudah ada ketibaan para pelancong lain.

Stadium Santiago Bernabéu

Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 1

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan bertolak ke Madrid melalui Mérida, Extremadura. Di Madrid, ziarah dan bersholat di Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid),  Real Madrid 'Bernabeu Tour' di Stadium Santiago Bernabeu dan berjalan-jalan di Gran Via yang dipenuhi pusat membeli belah.  Bermalam di Madrid.

Bahagian 1:  Dari Seville ke Madrid dan Pusat Islam Madrid

Centro Cultural Islámico y Mezquita de Madrid, Madrid, Spain

Sunday, 4 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 5

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLA

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 5:  Stadium Ramón Sánchez Pizjuán (Sevilla FC)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Setelah melawat La Giralda Bell Tower, kami mendaftar masuk ke Hotel Novotel Sevilla Marqués del Nervion di Av. Eduardo Dato, Seville. Setelah mendapat bilik, dari jendela kelihatan stadium dengan papan tanda 'Sevilla Futbol Club'. Rupanya hotel yang kami akan bermalam terletak bersebelahan dengan stadium Ramón Sánchez Pizjuán yang menjadi stadium utama kelab bolasepak Sevilla FC.

 Saya bukan peminat tegar liga utama bolasepak Sepanyal, sekadar menonton perlawanan dua kelab ternama iaitu Real Madrid dan Barcelona. Real Madrid terkenal dengan pemain bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo manakala Barcelona pula Lionel Messi. Oleh kerana  diluar hujan masih renyai-renyai, hanya dalam pukul 8:30 malam setelah hujan agak reda baru berkesempatan meninjau sekitar kawasan stadium. Ketika ini terdapat kerja-kerja mencantikkan bahagian luar sekeliling stadium.

Perisai mozek Sevilla FC yang terletak di bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. 

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 4

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 4:  Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Seterusnya rombongan kembara ke Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower terletak berdekatan dengan dengan kompleks Istana Alcázar melalui Plaza Virgen de los Reyes. Seville Cathedral (Santa Maria de la Sede) terdiri di atas tapak atau struktur asalnya merupakan Masjid Besar Seville (Aljama) yang dibina bermula tahun 1184 M ketika pemerintahan Almohad dan siap pada tahun 1198 M.

 Manakala, Menara loceng 'La Giralda' dengan tinggi keseluruhannya hampir 105 m itu pula merupakan struktur asal menara azan masjid (minaret) membentuk dua pertiga (bahagian bawah dari tingkat loceng) daripada struktur yang kelihatan sekarang, dan menjadi simbol atau ikon paling terkenal bandar Seville (juga semasa zaman pertengahan). Menara azan ini dibina  dibawah arahan arkitek Ahmad Ben Baso dalam tahun 1184 M. Jabir Bin Aflah, seorang ahli matematik dan astronomi juga menyumbang kepada rekabentuk menara ini untuk tujuan kajian astronomi dan juga ketenteraan. Bahagian atas 'La Giralda Bell Tower' telah ditambah pada zaman Renaissance antara tahun 1558 dan 1568 selepas struktur asal mengalami kerosakan akibat dua kejadian gempa bumi pada tahun 1356 dan 1362. Dinamakan 'La Giralda' sempena satu patung di puncak menara di panggil "El Giraldillo" menjadi simbol kejayaan Kristian.

Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower dari Plaza del Triunfo (Real Alcazar)

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 3


KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLA

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 3:  Real Alcázar de Sevilla

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Royal Alcázar of Seville (Real Alcázar de Sevilla)

 Seterusnya kami ke kompleks Istana Alcázar, kira-kira 5 minit berjalan meredah hujan lebat dari hentian bas pelancong terdekat. Kompleks istana diraja ini tersergam indah di tengah-tengah bandar Seville yang didominasikan gaya senibina 'Mudéjar' dengan mengabungkan senibina Arab Moors dengan unsur-unsur dari 'Gothic', 'Renaissance' dan juga pengaruh dari Byzantines (Roman).

Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens), Real Alcázar de Sevilla, Spain


Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLE Bahagian 2


KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 2:  Plaza de España (Spain Square), Seville

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Lawatan ke monumen atau tempat bersejarah di Seville bermula dengan melawat 'Plaza de España', dikuti 'Real Al-Cazar', 'Seville Catedral' dan 'La Giralda Tower'.

Plaza de España (Spain Square) dan Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)

 'Plaza de España (Spain Square)' adalah sebahagian dari 'Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)', yang dibina pada tahun 1928 untuk Ekspo Ibero-Amerika pada tahun 1929. Ia adalah contoh mercu tanda senibina serantau, mengayakan gabungan unsur-unsur Kebangkitan Renaissance ('Renaissance Revival') dan Kebangkitan Moor ('Moorish Revival') (Neo-Mudéjar) dalam senibina Sepanyol. Kami tiba lebih kurang pukul 1:30 tengahari dan berada di sini selama setengah jam.

Plaza de España (Spain Square), Seville

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLE Bahagian 1


KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE

Bahagian 1: Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, bertolak ke Seville dengan bas. Lawatan di Seville termasuk Metropol Parasol (La Encarnación Square), Plaza de España (Maria Luisa Park), Real Al-Cazar, Seville Catedral dan La Giralda Tower. Bermalam di Seville.

Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville

Saturday, 3 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 04 (03/12/2016): GRANADA


KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 04 (03/12/2016): GRANADA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
 Selepas sarapan pagi, melawat pasar Morocco di Alcaiceria yang banyak menjual barangan cenderahati dan kraftangan. Selepas makan tengahari melawat ke Al-Hambra dan Generalife. Selepas lawatan AlHambra, ke 'Saint Cristobal Observation Point' (Mirador de San Cristobal), Albaicin dimana dapat melihat hubungan antara Alhambra dengan persekitaran luar bandar mengelilinginya dan juga dengan bandar Granada. Bermalam di Granada.

Al-Hambra

Friday, 2 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
 Selepas sarapan pagi, bertolak ke kota lama Cordoba, melihat Roman Bridge, menziarahi Mezquita de Los Andaluces, Calleja de las Flores, dan menziarahi Masjid Agong Cordoba (Mezquitta de Cordoba). Kemudian bertolak ke Granada dengan bas. Bermalam di Granada.

Ruangan sholat asal Masjid Cordoba (Mezquitta de Cordoba)


Thursday, 1 December 2016

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 02 (01/12/2016): MADRID – TOLEDO - CORDOBA

KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE

HARI 02 (01/12/2016): MADRID – TOLEDO - CORDOBA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Toledo dengan bas, lawatan di Toledo termasuk ke Damascene Steel Workshop (pusat kraf dan kesenian pertukangan emas dan keluli berasal dari Damascus Syria) dan berjalan kaki melawat Santo Tome (bandar lama Toledo). Meneruskan perjalanan dengan bas ke Cordoba. Bermalam di Cordoba.

Pemandangan panorama bandar lama Toledo (Santo Dome) dari Mirador Del Valle