15/01/2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sudah lama tidak ride bersama-sama dengan sahabat-sahabat OBian (OILERBIKERZ). Walaupun ada yang masih aktif dalam dunia permotoran, ramai juga yang sudah bersara dan juga dah 'slow down' kerana komitmen masing-masing dan juga keadaan semasa, dari segi ekonomi, pekerjaan, keluarga mahupun kesihatan. Walau bagaimana pun, antara kami masih berhubungan dalam grup sosial media atas silaturrahim ('brotherhood') yang sudah wujud bertahun-tahun lama sejak saya mula 'terjebak' dalam dunia permotoran berkuasa tinggi.
Ride hari ini sebenarnya pun tercetus hasil perbincangan dalam grup media sosial untuk mengadakan 'short weekend ride' bagi OBian yang berkelapangan. Tuan Sifu Marshall Jebat mengajak ke Lemang To' Ki hujung minggu ini (hari ini). Alhamdulilah, dapatlah kami berempat hari ini bersua muka untuk ride bersama-sama.
![]() |
| Obian rider trip hari ini dari kiri Abe Jam, Jebat, Hj Ipin dan Fauzy. RV point di BHP lepas Tol Gombak |




