RIDE KLAWANG TAHUN BARU 2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahun Baru 2017,
Emmm... jam dah pukul 10:00 pagi ni. Tak kan tak ride tahun baru ni.. Dalam Whatsapp grup moto semua senyap je ni... nampaknya layan solo la ride tahun baru kali ni. Dah lama tak ride ke Klawang International Circuit (KIC). Last ride awal Nov 2016... ok lah layan KIC je la
Sunday, 1 January 2017
Wednesday, 7 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 08: DUBAI-KUALA LUMPUR
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 08 (07/12/2016): DUBAI-KUALA LUMPUR
Hari terakhir kembara, penerbangan pulang dari Dubai ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Emirates EK342 menggunakan pesawat Airbus 380-800 yang akan berlepas pada pukul 1015 dan tiba di Kuala Lumpur pada 2125 mengambil masa penerbangan hampir 7 jam. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat mendarat di KLIA. Selamat kembali ke Malaysia.
Terima kasih pada semua peserta-peserta kembara yang menjadi kenalan baru dan juga buat Tour Leader Pn. Rahimah dari dari agensi pelancongan Safir Go Travel yang telah menguruskan kembara ini dengan lancarnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

![]() |
| Pesawat Airbus A380-300 yang akan dinaiki |
Tuesday, 6 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 07: MADRID- DUBAI Bahagian 2
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 07 (06/12/2016): MADRID-DUBAI
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Bahagian 2: Las Rozas Village Outlet

Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 07: MADRID-DUBAI Bahagian 1
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 07 (06/12/2016): MADRID-DUBAI
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Bahagian 1: Royal Palace of Madrid

Monday, 5 December 2016
Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 3
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Bahagian 3: Gran Vía
Dalam pukul 5:30 petang tiba di Plaza de España, berhampiran Monumento A CERVANTES. Tempat yang sama disinggahi pada hari pertama di Madrid. Bas akan menunggu di sini sementara kami dibawa berjalan-jalan di Calle Gran Vía yang dipenuhi gedung membeli belah, kedai-kedai barangan berjenama, restoran-restoran dan panggung teater. Saya hanya bersiar-siar dan singgah di beberapa kedai menjual barangan cenderahati yang terdapat sepanjang jalan Gran Via ini. Hari ini sudah menempuh perjalanan jauh dan kepenatan dengan lawatan 'Real Madrid Bernabéu Tour', jadi hanya berjalan-jalan sebahagian Gran Via sahaja. Sebahagian peserta mencari kedai makanan halal untuk dibawa pulang ke hotel sebagai makan malam.

| Tempat parkir bas di Plaza de España Madrid berhampiran Monumento A CERVANTES |
Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 2
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Bahagian 2: Real Madrid Bernabéu Tour
Dalam pukul 3:35 petang tiba di Stadium Santiago Bernabéu. Oleh kerana lawatan ke 'Real Madrid Bernabéu Tour' adalah sebagai pilihan untuk para peserta yang berminat maka terpaksalah kena beli tiket sendiri. Harga untuk orang dewasa adalah 24 Euro (dalam RM120). Biasalah ada yang berkata, alang-alang dah sampai sini. Jom masuk tengok. Entah-entah inilah peluang sekali dalam seumur hidup. Kami diberi masa satu setengah jam untuk melawat, jadi kena cepat-cepat pergi beratur untuk membeli tiket terlebih dahulu sebelum ke pintu masuk kerana sudah ada ketibaan para pelancong lain.

| Stadium Santiago Bernabéu |
Kembara Andalusia (Spain) 2016- Hari 06: SEVILLE - MERIDA - MADRID Bahagian 1
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
HARI 06 (05/12/2016): SEVILLE-MERIDA-MADRID
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan bertolak ke Madrid melalui Mérida, Extremadura. Di Madrid, ziarah dan bersholat di Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid), Real Madrid 'Bernabeu Tour' di Stadium Santiago Bernabeu dan berjalan-jalan di Gran Via yang dipenuhi pusat membeli belah. Bermalam di Madrid.
Bahagian 1: Dari Seville ke Madrid dan Pusat Islam Madrid

| Centro Cultural Islámico y Mezquita de Madrid, Madrid, Spain |
Sunday, 4 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 5
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLA
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 5: Stadium Ramón Sánchez Pizjuán (Sevilla FC)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Setelah melawat La Giralda Bell Tower, kami mendaftar masuk ke Hotel Novotel Sevilla Marqués del Nervion di Av. Eduardo Dato, Seville. Setelah mendapat bilik, dari jendela kelihatan stadium dengan papan tanda 'Sevilla Futbol Club'. Rupanya hotel yang kami akan bermalam terletak bersebelahan dengan stadium Ramón Sánchez Pizjuán yang menjadi stadium utama kelab bolasepak Sevilla FC.
Saya bukan peminat tegar liga utama bolasepak Sepanyal, sekadar menonton perlawanan dua kelab ternama iaitu Real Madrid dan Barcelona. Real Madrid terkenal dengan pemain bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo manakala Barcelona pula Lionel Messi. Oleh kerana diluar hujan masih renyai-renyai, hanya dalam pukul 8:30 malam setelah hujan agak reda baru berkesempatan meninjau sekitar kawasan stadium. Ketika ini terdapat kerja-kerja mencantikkan bahagian luar sekeliling stadium.

| Perisai mozek Sevilla FC yang terletak di bahagian hadapan utama Stadium Ramón Sánchez Pizjuán. |
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 4
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 4: Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Seterusnya rombongan kembara ke Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower terletak berdekatan dengan dengan kompleks Istana Alcázar melalui Plaza Virgen de los Reyes. Seville Cathedral (Santa Maria de la Sede) terdiri di atas tapak atau struktur asalnya merupakan Masjid Besar Seville (Aljama) yang dibina bermula tahun 1184 M ketika pemerintahan Almohad dan siap pada tahun 1198 M.
Manakala, Menara loceng 'La Giralda' dengan tinggi keseluruhannya hampir 105 m itu pula merupakan struktur asal menara azan masjid (minaret) membentuk dua pertiga (bahagian bawah dari tingkat loceng) daripada struktur yang kelihatan sekarang, dan menjadi simbol atau ikon paling terkenal bandar Seville (juga semasa zaman pertengahan). Menara azan ini dibina dibawah arahan arkitek Ahmad Ben Baso dalam tahun 1184 M. Jabir Bin Aflah, seorang ahli matematik dan astronomi juga menyumbang kepada rekabentuk menara ini untuk tujuan kajian astronomi dan juga ketenteraan. Bahagian atas 'La Giralda Bell Tower' telah ditambah pada zaman Renaissance antara tahun 1558 dan 1568 selepas struktur asal mengalami kerosakan akibat dua kejadian gempa bumi pada tahun 1356 dan 1362. Dinamakan 'La Giralda' sempena satu patung di puncak menara di panggil "El Giraldillo" menjadi simbol kejayaan Kristian.

| Seville Cathedral dan La Giralda Bell Tower dari Plaza del Triunfo (Real Alcazar) |
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLA Bahagian 3
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLA
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 3: Real Alcázar de Sevilla
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Royal Alcázar of Seville (Real Alcázar de Sevilla)Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Seterusnya kami ke kompleks Istana Alcázar, kira-kira 5 minit berjalan meredah hujan lebat dari hentian bas pelancong terdekat. Kompleks istana diraja ini tersergam indah di tengah-tengah bandar Seville yang didominasikan gaya senibina 'Mudéjar' dengan mengabungkan senibina Arab Moors dengan unsur-unsur dari 'Gothic', 'Renaissance' dan juga pengaruh dari Byzantines (Roman).
Patio de las Doncellas (The Courtyard of the Maidens), Real Alcázar de Sevilla, Spain
|
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLE Bahagian 2
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 2: Plaza de España (Spain Square), Seville
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Lawatan ke monumen atau tempat bersejarah di Seville bermula dengan melawat 'Plaza de España', dikuti 'Real Al-Cazar', 'Seville Catedral' dan 'La Giralda Tower'.
Plaza de España (Spain Square) dan Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)
'Plaza de España (Spain Square)' adalah sebahagian dari 'Parque Maria Luisa (Maria Luisa Park)', yang dibina pada tahun 1928 untuk Ekspo Ibero-Amerika pada tahun 1929. Ia adalah contoh mercu tanda senibina serantau, mengayakan gabungan unsur-unsur Kebangkitan Renaissance ('Renaissance Revival') dan Kebangkitan Moor ('Moorish Revival') (Neo-Mudéjar) dalam senibina Sepanyol. Kami tiba lebih kurang pukul 1:30 tengahari dan berada di sini selama setengah jam.
| Plaza de España (Spain Square), Seville |
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 05: GRANADA - SEVILLE Bahagian 1
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 05 (04/12/2016): GRANADA-SEVILLE
Bahagian 1: Metropol Parasol, La Encarnación Square, Seville
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, bertolak ke Seville dengan bas. Lawatan di Seville termasuk Metropol Parasol (La Encarnación Square), Plaza de España (Maria Luisa Park), Real Al-Cazar, Seville Catedral dan La Giralda Tower. Bermalam di Seville.Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Saturday, 3 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 04 (03/12/2016): GRANADA
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 04 (03/12/2016): GRANADA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan pagi, melawat pasar Morocco di Alcaiceria yang banyak menjual barangan cenderahati dan kraftangan. Selepas makan tengahari melawat ke Al-Hambra dan Generalife. Selepas lawatan AlHambra, ke 'Saint Cristobal Observation Point' (Mirador de San Cristobal), Albaicin dimana dapat melihat hubungan antara Alhambra dengan persekitaran luar bandar mengelilinginya dan juga dengan bandar Granada. Bermalam di Granada.Ringkasan perjalanan
| Al-Hambra |
Friday, 2 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA
HARI 03 (02/12/2016): CORDOBA - GRANADA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan pagi, bertolak ke kota lama Cordoba, melihat Roman Bridge, menziarahi Mezquita de Los Andaluces, Calleja de las Flores, dan menziarahi Masjid Agong Cordoba (Mezquitta de Cordoba). Kemudian bertolak ke Granada dengan bas. Bermalam di Granada.

| Ruangan sholat asal Masjid Cordoba (Mezquitta de Cordoba) |
Thursday, 1 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 02 (01/12/2016): MADRID – TOLEDO - CORDOBA
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 02 (01/12/2016): MADRID – TOLEDO - CORDOBA
HARI 02 (01/12/2016): MADRID – TOLEDO - CORDOBA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Toledo dengan bas, lawatan di Toledo termasuk ke Damascene Steel Workshop (pusat kraf dan kesenian pertukangan emas dan keluli berasal dari Damascus Syria) dan berjalan kaki melawat Santo Tome (bandar lama Toledo). Meneruskan perjalanan dengan bas ke Cordoba. Bermalam di Cordoba.

| Pemandangan panorama bandar lama Toledo (Santo Dome) dari Mirador Del Valle |
Wednesday, 30 November 2016
Kembara Andalusia Spain 2016 - Hari 00-01(30/11/2016): KUALA LUMPUR – DUBAI - MADRID
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ringkasan perjalanan
Penerbangan ke Madrid pada 01.10 pagi dari KLIA, dengan penerbangan Emirates melalui Dubai. Alhamdulillah selamat tiba di Barajas Airport, Madrid pukul dekat pukul 1:00 tengahari. Aktiviti dimulakan dengan 'city tour' dengan bas di kotaraya Madrid yang amat terkenal ini. Antara tempat yang dilalui/dilawati termasuklah Plaza De Torosde Las Ventas, Alcala Gate, Cibeles Fountain, Gran Via, Cervantes Monument, Plaza de Espana, Bangunan kongress, dan Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid). Bermalam di Madrid
HARI 00 - 01 (30/11/2016): KLIA – DUBAI - MADRID

| Plaza de Toros de Las Ventas, Madrid |
Kembara Andalusia, Spain 2016 - Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)
Kembara Andalusia, Spain 2016 - Ringkasan Perjalanan 8H/6M (30/11-07/12/2016)
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA DAN SEVILLA
8 HARI 6 MALAM
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Kembara ini disertai seramai 28 orang peserta dan seorang 'tour leader' dari agensi pelancongan Safir Go Travel.

Thursday, 24 November 2016
Sindrom "RIDER(S) DOWN"
Dikongsikan keperihatinan dan perkongsian ilmu dari penulis asal yang diterima dari grup permotoran melalui aplikasi "Whatsapp".
Sindrom "RIDER(S) DOWN"
Oleh Hj Azizi Hashim
Sindrom "RIDER(S) DOWN" kerap didengari pada setiap hujung minggu terutamanya.
Yes! Soal ajal maut dan ketentuan Ilahi tidak dinafikan. Telah tertulis sejak azali. Tetapi Allah tidak izinkan kita untuk hanya duduk berpeluk tubuh tanpa membuat apa-apa tindakan.
Mari kita "muhassabah" dengan menyoal diri kita sendiri untuk penambaikan bagi mengelakkan/mengurangkan kecelakaan pada diri kita.
Ianya 2121x lebih baik dari menuding jari kepada orang lain.

Wednesday, 23 November 2016
Penganjuran Acara-Acara Ride untuk Tahun 2016
2016 Ride Events
Tidak tahu nak ride ke mana ... rasa-rasa nak join riding events.
Convoy Ride, Charity Ride, Bike Carnival, Bike Week, etc...
Boleh berhubung dengan pihak penganjur
Wednesday, 16 November 2016
JomRide santai di Eco Majestic @ Semenyih
16/11/2016
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Kadang kala melalui lebuhraya LEKAS (E21 Lebuhraya Kajang Seremban) sebagai laluan balik membalap dari Kuala Kelawang atau sessi memanaskan motor. Kelihatan persimpangan susur keluar ke Eco Majestic dan Beranang sudah siap dan dibuka untuk lalu lintas. Persimpangan LEKAS-Eco Majestic ini merupakan persimpangan susur keluar kedua dari plaza tol Kajang Selatan menghala ke Seremban sebelum R&R Beranang.
Pada petang selasa lepas (15/11/2016) berkesempatan melalui persimpangan sambil meronda-ronda sekitar Eco Majestic, bandar baru berkonsep ala English dengan landskap persekitaran yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)