RIDE KE SUNGKAI 'LE TOUR DE LANGKAWI' LAYAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH
26/02/2017 (Ahad)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, ride hujung minggu kali ini berkesempatan mengikuti grup ride ke Restoran Nasi Bamboo (RNB) Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat yang tertangguh ini berlalu dengan masa untuk ride ke sini kerana keadaan dan masa yang tidak menyebelahi setiap kali perancangan dibuat. Apabila Bro Khalid mengajak ride ke sini ibarat pucuk di cita ulam mendatang bagi suatu hasrat yang sudah 'terbiar lama' sehingga tiba waktu diizinNYA. Sebelum ini saya pernah ke Sungai Klah menyertai konvoi kelab permotoran sempena perasmian Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Mengikut Bro Khalid, ride ini sempena meraikan atau ride bersama Bro Badd sebelum beliau kembali bertugas ke 'seberang laut'. Untuk Bro Badd selamat kembali bertugas. Lepas balik dari trip, berehat sekejap sambil melayan rakaman WSBK Race 2 di Philips Island, Australia berlangsung tengahari tadi, mulalah mengumpul gambar-gambar sekitar ride tadi untuk catatan ride kali ini.
Sunday, 26 February 2017
Monday, 20 February 2017
Kenali OilerBikerz
KENALI OILERBIKERZ
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelum ini saya banyak menyentuh aktiviti-aktiviti permotoran dua roda saya bersama kumpulan OilerBikerz. Banyak lagi entri yang akan berkisar penglibatan saya sepanjang bersama OilerBikerz akan menyusul. Jadi untuk entri ini saya kongsi sedikit latar belakang OilerBikerz seperti mana yang pernah disiarkan dalam Berita Harian dalam ruangan Sisipan XY - Ikon Lelaki.

| Keratan akhbar Berita Harian 20/03/2010 |
Sunday, 19 February 2017
Panduan Bermotorsikal
PANDUAN BERMOTORSIKAL
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Perkongsian disunting dari sumber: Pengajian Memandu, Maktab Teknik PDRM, Muar Johor

Sunday, 12 February 2017
Klawang Sunday Ride 12/02/2017
KLAWANG SUNDAY RIDE (12/02/2017)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Kelawang) lagi bersama Klawang Riders.
Mode ride hari ini santai pergi balik. Rasanya minggu ini banyak grup kapcai layan Klawang.

Saturday, 11 February 2017
Jom Ride Santai Layan Bukit Putus Masuk Hutan Lipur Ulu Bendul
JOM RIDE SANTAI LAYAN BUKIT PUTUS MASUK HUTAN LIPUR ULU BENDUL
11/02/2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan DIY Ganti bateri Interphone F4s (Bluetooth Headset). Selepas ganti bateri baru, hanya mengujinya tidak sampai dua jam bawa pusing-pusing taman. Hari ini hendak ride jauh sedikit sambil layan Interphone F4s dalam 2-3 jam secara berterusan. Tapi hendak ke mana petang Sabtu ni? Cuaca nampaik baik. Emm Apa kata masuk LEKAS layan Bukit Putus sampai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park).

![]() |
| Kawasan rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul |
Friday, 10 February 2017
JomRide DIY: Ganti Skrin Sentuh GPS Garmin Zumo 660
GANTI SKRIN SENTUH GPS GARMIN ZUMO 660
(DIGITIZER TOUCH SCREEN REPLACEMENT OF GARMIN ZUMO GPS)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Oppss.. GPS Garmin Zumo saya terjatuh dari almari kabinet ke atas lantai ketika mengambil helmet. GPS berada dalam "protected case" ketika jatuh, dalam hati saya kata ok kut takde apa-apa kerosakan. Tapi nak juga tengok, buka "protected case", "ON" GPS, alamak LCD display sudah pecah ke? Belek punya belek, rasanya hanya skrin sentuh (touch screen) sahaja sudah retak. Sebab LCD display masih berfungsi cuma "digitizer touch screen" sahaja yang huru hara sebab dah retak dan pecah. Emmm, nampaknya walaupun berada dalam "protected case" pun belum tentu selamat. Insiden ini sebenarnya berlaku pada penghujung bulan Mac 2015.

| Garmin Zumo 660 |
Thursday, 9 February 2017
Apa Nak Buat Bila Bateri Motor Flat
APA NAK BUAT APABILA BATERI MOTOR FLAT
(WHAT TO DO IF MOTORBIKE BATTERY IS DRAINED/DEAD)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Perkongsian kompilasi catatan-catatan terkumpul dan ceritera berkenaan bateri motor flat (drain) menerusi pembacaan, dan pengalaman rakan-rakan bikers. Semoga membawa manafaat bersama.
Apa nak buat kalau bateri flat disebabkan macam-macam hal seperti alternator tidak charging bateri atau bateri itu sendiri sudah bagi problem. Tambah pula kita dah bawa motor tu beratus kilometer jauh dari rumah. Bila dah habis berehat di R&R highway, motor pula tidak boleh start. Nak buat macam mana tu?
1. Panggil pak peronda tolong .. atau
2. Panggil kawan datang bawa bantuan .. atau
3. Jump start guna bateri kereta sapa-sapa yang nak tolong .. atau
4. Buat bodoh ...

Wednesday, 8 February 2017
JomRide DIY: Ganti bateri Interphone F4s (Bluetooth Headset)
GANTI BATERI INTERPHONE F4s (BLUETOOTH HEADSET)
(BATTERY REPLACEMENT OF INTERPHONE F4s)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selepas hampir empat tahun bateri dalam Bluetooth Headset Interphone F4s saya tidak dapat dicas lagi. Bateri dah 'kong' (tamat hayat). Oh ya, helmet Bluetooth Headset Interphone F4s, kegunaannya sebagai sambungan tanpa wayar (Bluetooth) dari peranti seperti GPS, handphone dan juga sebagai interkom semasa menunggang bersama rakan-rakan. Nak tahu lebih lanjut pasal Interphone F4s boleh lihat review dia kat webbikeworld (sila klik). Cuma beza dengan saya punya kat huruf "s" untuk "stereo". Biasa lah ikut review, produk ni "is the best available in the market at this time". Model ni sebenarnya dah "obselete". Kilang dah tak buat lagi. Produk ini berasal dari Itali, saya terbeli pun kat Itali tahun 2013, walaupun dikilang di Filipina. Harga dia boleh tahan jugak. Tu pun sebab ada offer. Sekarang benda ni dah banyak, harga kira dah murah, nak nak yang datang dari China.

| Interphone F4s. Kotak asal masih simpan |
![]() |
| Rupa barang dan kegunaan |
Tuesday, 7 February 2017
Penganjuran Acara Ride dan Biker Event untuk Tahun 2017
Acara 'Ride dan Biker Events' untuk Tahun 2017
Tidak tahu nak ride ke mana ... rasa-rasa nak join riding events.
Convoy Ride, Charity Ride, Bike Carnival, Bike Week, Race Days dan lain-lain.
Boleh berhubung terus dengan pihak penganjur
Monday, 6 February 2017
Sunday, 5 February 2017
Klawang Sunday Ride 05/02/2017
KLAWANG SUNDAY RIDE (05/02/2017)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan superbike ke Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Ride hari ini bersama rider-rider dari Rider Santai dan Klawang Riders.
Seperti biasa, rakan-rakan rider dari Rider Santai dari sekitar Kajang dan Semenyih bertemu di Petronas Grand Saga dalam 8:30 pagi, tetapi ada juga rakan biker yang datang dari Damansara untuk bersama-sama bergerak dari sini. Seterusnya, re-group dengan Klawang Riders di Kedai Makan Erizal's Corner dekat persimpangan Sungai Tekali, Batu 14.
Dalam 10:30 pagi, grup mula bergerak 'melayan lefero' Stage 1, 2 dan 3 sebelum berhenti rehat di Klawang Pit Stop. Hari ini kelihatan banyak juga grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang. Di Klawang Pit Stop, kelihatan satu barisan moto yang agak panjang sudah ada semasa kami sampai.
Hari ini ada sedikit 'suprise' kerana seorang rakan biker telah membawa dua bunting baru untuk "Klawang Pit Stop" (iaitu Kedai Makan Hajjah Aminah). Yang ni versi 'upgrade' untuk yang lama, dari rakan biker yang sama yang menyumbang bunting sebelumnya. Apa lagi ramai la yang nak 'berposing' dengan bunting baru tu. Mungkin sebelum ini ada yang tertanya-tanya pasal bunting "Klawang Pit Stop" yang lama atau sebelum ini. Yang pasti Abe Klawang Pit Stop, tersenyum lebar dapat tajaan bunting baru mengantikan yang lama. Terima kasih pihak penaja bunting baru. Terima kasih Bro Fendy. Siap ada bilangan korner sekali. Kalu buat 'repeat' sampai 5X boleh mengatasi 'thousand corners' ni (Route 1095 Chiang Mai -Pai - Mae Hong Song dengan sejumlah 1864 selekoh). Jom tengok gambar-gambar cerita sessi pagi tadi di Klawang.

Saturday, 4 February 2017
2Wheels Spa Planet Anniversary and Double H Grand Opening
2WHEELS SPA PLANET ANNIVERSARY DAN DOUBLE H GRAND OPENING
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan memenuhi jemputan bagi majlis sambutan "2WHEELS SPA PLANET ANNIVERSARY AND DOUBLE H GRAND OPENING". Majlis bermula pukul 12:00 tengahari hingga pukul 7:00 petang.
Tahniah buat pengurusan dan warga kerja "2WHEELS SPA PLANET" dan "DOUBLE H BIKES ACCESORIES" atas sambutan majlis ulang tahun ke-2 "2WHEELS SPA PLANET" dan pembukaan rasmi "DOUBLE H BIKES ACCESSORIES".

Tuesday, 31 January 2017
Achid Ride to Phnom Penh, Bus Ride to Saigon 2017 - Daily Updates
ACHID RIDE KE PHNOM PENH, BUS RIDE TO SAIGON 2017
(Tajuk asal: ACHID RIDE KE SAIGON, VIETNAM 2017 )
"As Salam, dengan izin Nya, saya, Hj. Achid dan isteri saya, Hjh. Kyree, akan memulakan pengembaraan menunggang motosikal kami ke Vietnam mulai pagi ini selama18 hari. Kami akan merentasi Thailand dan Cambodia sebelum masuk ke Vietnam, Insya Allah. Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon agar sahabat Oiler Bikerz sekalian akan mendoakan keselamatan kami dan juga dipermudahkan segala urusan kami. Insya Allah, kita bertemu lagi pada hari Jumaat, 17 Feb 2017, Amin, Amin, Ya Robbal A Lamin.... Wassalam." Achid@31/01/2017 08:53
Itulah mesej yang dikirimkan oleh sahabat OB, Bro Achid ke grup 'Whatsapp' memaklumkan perjalanan kembara dua roda beliau bersama isterinya ke Saigon, Vietnam merentasi 4 buat negara Asia Tenggara. Selamat berangkat ke destinasi yang dirancang buat Bro Achid dan isteri. Kami mendoakan agar perjalanan musafir Thj Achid dan isteri sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sehinggalah selamat kembali ke tanah air. InsyaAllah.
Beberapa hari sebelum trip Saigon ini, Bro Achid ada berkongsi mengenai perancangan dan persiapan trip beliau ke Saigon ini dengan saya. Dengan izin, saya akan berkongsi catatan harian perkembangan kembara Bro Achid di sini. Semoga pengalaman Bro Achid sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk pengembara-pengembara kental dua roda yang memasang impian yang sama untuk mengikuti jejak beliau. InsyaAllah.

| Hj. Achid dengan isteri, Hjh. Kyree dan Triumph Tiger.. bermulanya perjalanan |
Sunday, 29 January 2017
Singgah Sebentar di Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak, Melaka
SINGGAH SEBENTAR DI PANTAI KLEBANG DAN PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA
29/01/2016
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selepas menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di Rembau, langsung terlajak ke Pantai Klebang dan Pantai Pengkalan Balak terletak di pesisir negeri Melaka.
Sempena cuti Tahun Baru Cina, jalan agak sesak apabila tiba di Cheng sebelum memasuki persimpangan ke Pantai Klebang melalui Jalan Pulau Gadong. Dalam pukul 4:30 petang, tiba di jalan Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka yang juga sesak dengan kenderaan dan memenuhi parkir-parkir di kiri kanan jalan. Jadi terus keluar dari jalan pantai sebelum Bustel Klebang memasuki kawasan lapang berhampiran pantai dan terus parkir di situ. Pantai Klebang agak sinonim dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), Klebang Original Coconut Shake, dan Muzium Kapal Selam. Hasrat nak bersiar-siar dengan membuat buat satu pusingan dulu serta singgah di tempat-tempat tersebut terbantut disebabkan kesesakan lalu lintas.
Sepanjang pesisiran pantai kelihatan ramai orang yang bersantai dan juga berkelah bersama keluarga. Oleh kerana pesisir pantai Klebang terletak dalam lagun, sebelah petangnya air surut dengan dasarnya yang agak cetek pula, sudah pasti ramai pengunjung yang mandi-manda terutamanya kanak-kanak. Ada dua aktiviti yang menarik perhatian saya iaitu aktiviti mencari atau mengutip kepah dan juga mengopek teritik oleh pengunjung-pengunjung pantai ini. Jom tengok...

| Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Melaka |
Sunday, 22 January 2017
Klawang Sunday Ride 22/01/2017
KLAWANG SUNDAY RIDE (22/01/2017)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu ke Klawang (Kuala Kelawang) lagi. Hari ini kelihatan banyak grup motor atau rider-rider yang turun melayan Klawang, tak kurang juga grup berbasikal beriadah dari Stage 2 hingga Stage 3. Di Klawang Pit Stop, kelihatan penuh dengan barisan motor dimana rider-rider berhenti rehat seketika dan bertemu mesra dengan rakan-rakan bikers lain sebelum meneruskan destinasi seterusnya, samada berpatah balik mengikuti Jalan Kuala Kelawang-Semenyih-Sg Tekali atau meneruskan perjalanan ke Simpang Pertang-Karak atau Jalan Kuala Kelawang-Seremban.

| Sessi bergambar 'Klawang Riders' 22/01/2017 di Klawang Pit Stop. Photo Kredit: Bro K |
Sunday, 15 January 2017
OBian Ride ke Lemang To'Ki Bentung (15/01/2017)
OBIAN RIDE KE LEMANG TO' KI BENTUNG
15/01/2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sudah lama tidak ride bersama-sama dengan sahabat-sahabat OBian (OILERBIKERZ). Walaupun ada yang masih aktif dalam dunia permotoran, ramai juga yang sudah bersara dan juga dah 'slow down' kerana komitmen masing-masing dan juga keadaan semasa, dari segi ekonomi, pekerjaan, keluarga mahupun kesihatan. Walau bagaimana pun, antara kami masih berhubungan dalam grup sosial media atas silaturrahim ('brotherhood') yang sudah wujud bertahun-tahun lama sejak saya mula 'terjebak' dalam dunia permotoran berkuasa tinggi.
Ride hari ini sebenarnya pun tercetus hasil perbincangan dalam grup media sosial untuk mengadakan 'short weekend ride' bagi OBian yang berkelapangan. Tuan Sifu Marshall Jebat mengajak ke Lemang To' Ki hujung minggu ini (hari ini). Alhamdulilah, dapatlah kami berempat hari ini bersua muka untuk ride bersama-sama.

| Obian rider trip hari ini dari kiri Abe Jam, Jebat, Hj Ipin dan Fauzy. RV point di BHP lepas Tol Gombak |
Sunday, 8 January 2017
JomRide Klawang Permulaan Musim 2017 (08/01/2017)
JomRide Klawang Permulaan Musim 2017 (08/01/2017)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride ke Klawang (Kuala Kelawang) dengan grup mengandungi lebih 25 buah motor. Boleh dikatakan ride Klawang untuk permulaan 'kelas' musim 2017. Hari ini memang kelihatan banyak grup permotoran yang turun melayan Klawang.
Sunday, 1 January 2017
JomRide Klawang Tahun Baru 2017
RIDE KLAWANG TAHUN BARU 2017
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahun Baru 2017,
Emmm... jam dah pukul 10:00 pagi ni. Tak kan tak ride tahun baru ni.. Dalam Whatsapp grup moto semua senyap je ni... nampaknya layan solo la ride tahun baru kali ni. Dah lama tak ride ke Klawang International Circuit (KIC). Last ride awal Nov 2016... ok lah layan KIC je la

Wednesday, 7 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 08: DUBAI-KUALA LUMPUR
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 08 (07/12/2016): DUBAI-KUALA LUMPUR
Hari terakhir kembara, penerbangan pulang dari Dubai ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Emirates EK342 menggunakan pesawat Airbus 380-800 yang akan berlepas pada pukul 1015 dan tiba di Kuala Lumpur pada 2125 mengambil masa penerbangan hampir 7 jam. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat mendarat di KLIA. Selamat kembali ke Malaysia.
Terima kasih pada semua peserta-peserta kembara yang menjadi kenalan baru dan juga buat Tour Leader Pn. Rahimah dari dari agensi pelancongan Safir Go Travel yang telah menguruskan kembara ini dengan lancarnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

| Pesawat Airbus A380-300 yang akan dinaiki |
Tuesday, 6 December 2016
Kembara Andalusia Spain 2016- Hari 07: MADRID- DUBAI Bahagian 2
KEMBARA ANDALUSIA – MADRID, TOLEDO, CARDOBA, GRANADA & SEVILLE
HARI 07 (06/12/2016): MADRID-DUBAI
Ringkasan perjalanan
Selepas sarapan, melawat ke Royal Palace of Madrid, salah satu dari dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid, membeli-belah di Las Rozas Village Outlet dan bertolak ke Barajas Airport, Madrid untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Bahagian 2: Las Rozas Village Outlet

Subscribe to:
Posts (Atom)