Saturday, 15 July 2017

Michelin Pilot Road 4 Tayar Untuk Motorsikal Besar

MICHELIN PILOT ROAD 4 UNTUK MOTORSIKAL BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sebagai rujukan sendiri untuk pilihan tayar Michelin Pilot Road 4 (pautan ke Lazada), tapi boleh juga jadi rujukan bagi yang berkenaan. Michelin Pilot Road sesuai jika banyak digunakan untuk perjalanan lurus, sekali sekala berselekoh dan lebih cengkaman ketika hujan.



Wednesday, 5 July 2017

Aksesori untuk Kawasaki Versys 650

AKSESORI UNTUK KAWASAKI VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kompilasi antara barangan aksesori bagi Kawasaki Versys yang boleh didapati dari penjual-penjual dalam talian di LAZADA Malaysia. Pautan ke barangan yang pernah dibeli dan pengalaman penggunaan dalam entri berasingan disertakan untuk rujukan.

Sunday, 2 July 2017

Klawang Sunday Raya Ride (02/07/2017)

KLAWANG SUNDAY RAYA RIDE (16/07/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Ride bulan syawal seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri selepas lebih sebulan tidak melefer. Tiba di kedai makan depan Masjid Batu 14 dalam pukul 9:30 AM untuk berjumpa dengan rider-rider lain bersama dengan Mad ZX10 yang akan melayan Klawang hari ini tetapi kedai makan tutup pula. Dalam grup Whatsapp tiada update pula tempat RV terbaru. Tanggapan saya mungkin ke kedai makan dekat tempat orang ambil air mineral bukit dihadapan lagi. Cuma ada 2 motor disini, manakala di kedai makan hadapan sikit pun tiada motor. Kedua-dua kedai makan ini pun tutup. Jadi meneruskan perleferan santai bersama dengan 2 motor kat kedai makan air mineral bukit tadi.


Friday, 16 June 2017

Honda City 2014-2017 ABS Anti Non Slip Rear Trunk Boot Cargo Tray

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Saya ada membuat pembelian 'Rear Trunk Boot Cargo Tray' (pautan ke Lazada)bagi pemilik model Honda City untuk mendapatkan harga terbaik ditawarkan di Lazada. Oleh kerana fungsi utama sebagai pelindung sahaja terutama jikalau terdapat tumpahan cecair, maka 'material' dan harga terbaik ditawarkan menjadi penentu.

Honda City 2014-2017 ABS Anti Non Slip Rear Trunk Boot Cargo Tray

Thursday, 15 June 2017

DELL Inspiron Gaming Laptop Best Deal Best Offer

DELL Inspiron Gaming Laptop Best Deal Best Offer

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Sudah tiba untuk menaik taraf komputer riba kepada yang lebih berprestasi tinggi ('high-end performance') untuk kegunaan semasa. DELL menjadi pilihan utama kerana berdasarkan pengalaman model-model 'high-end' yang digunakan sebelum ini untuk kerja-kerja teknikal seperti model DELL Precision dan juga DELL Inspiron (pautan ke Lazada) yang sedia ada untuk kegunaan sendiri masih beroperasi dengan baik walaupun sudah melebihi 6 tahun digunakan. Tetapi untuk pencarian ini sekadar model 'high-end' peringkat pertengahan untuk model DELL Inspiron dengan kad grafik yang boleh menampung simulasi 3-dimensi dengan baik. Seperti biasa membuat kompilasi dan senarai pendek terlebih dahulu untuk pilihan penjual ('good ratings') pada harga terbaik ditawarkan di LAZADA Malaysia (setelah perbandingan harga dengan 'online webstore' yang lain).


Wednesday, 14 June 2017

BMW S1000RR 2009-2019 Rider's Manual

BMW S1000RR 2009-2019 RIDER'S MANUAL

Model Name: S1000RR
Model Code:

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ada masanya kita perlu merujuk kepada rider's manual apabila berhadapan masalah tidak diduga ketika ride. Kalau ada versi e-manual boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan bila-bila masa diperlukan.


2010 2011 Kawasaki Versys 650 Service Repair Factory Manual (English)

2010 2011 KAWASAKI VERSYS 650 SERVICE REPAIR FACTORY MANUAL (ENGLISH)

Model Name: VERSYS 650
Model Code: KLE650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

'2010 2011 Kawasaki Versys 650 Service Repair Factory Manual' adalah versi elektronik bagi panduan penyelenggaraan asal. Perbandingan versi elektronik dengan versi kertas, terdapat satu kelebihan iaitu boleh memaparkan dengan lebih jelas pada komputer skrin dan juga boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan bila-bila masa diperlukan terutama ketika trip perjalanan jauh merentasi sempadan.


Tuesday, 13 June 2017

2010 2012 Kawasaki Versys 650 Owners Manual (English)

2010 2012 KAWASAKI VERSYS 650 OWNERS MANUAL (ENGLISH)

Model Name: VERSYS 650
Model Code: KLE650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ada masanya kita perlu merujuk kepada owner's manual apabila berhadapan masalah tidak diduga ketika dalam perjalanan jauh terutama merentasi sempadan. Kalau ada versi e-dokumen boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan bila-bila masa diperlukan.



Silicone Key Cover Untuk Remote Kunci Toyota

SILICONE KEY COVER UNTUK REMOTE KUNCI TOYOTA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Setelah beberapa tahun digunakan, 'casing remote' asal Toyota mula retak dan pecah terutama pada bahagian kerap ditekan. Setelah mengantikan dengan 'casing' yang baru, mencari pula perlindung ('cover') dapat melindungi daripada calar, terjatuh, debu. air dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis dari yang murah sehingga premium kualiti. Yang paling murah dan ringkas untuk perlindungan minimum diperbuat dari silikon. Pembelian dari penjual di Lazada dengan harga terbaik ditawarkan.


Silicone Key Cover (Keyless) Untuk Remote Kunci Kereta Honda

SILICONE KEY COVER (KEYLESS) UNTUK REMOTE KUNCI KERETA HONDA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kereta generasi baru Honda banyak menggunakan teknologi 'Smart Entry' dan 'Push Start Button'. Teknologi 'Keyless' ini memerlukan 'Remote' yang agak mahal untuk diganti jika berlaku kerosakan. Jadi penggunaan perlindung ('cover') dapat melindungi daripada calar, terjatuh, debu, air dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis dari yang murah sehingga premium kualiti. Yang paling murah dan ringkas untuk perlindungan minimum diperbuat dari silikon. Tidak terlalu berat untuk poket atau tas tangan. Saya ada membuat pembelian bagi pemilik model Honda City untuk mendapatkan harga terbaik ditawarkan di Lazada.


Sunday, 11 June 2017

Ganti Suis Lampu Brek Depan (Brake Light Switch) Kawasaki Versys 650

GANTI SUIS LAMPU BREK DEPAN (BRAKE LIGHT SWITCH) KAWASAKI VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Rentetan dari lampu belakang Versys tidak menyala disedari di Genting Higlands selepas melayan jalan lama Batang Kali - Genting Highlands sebaik sahaja selesai proram Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS). Pemeriksaan menunjukkan terdapat kerosakan berpunca dari kegagalan Suis Lampu Brek Depan terletak di tuil brek pada  sebelah kanan 'handle bar' telah gagal berfungsi dengan sempurna. Jadi terpaksa diganti dengan yang baru.


Saturday, 10 June 2017

Program Imarah Ramadhan Grup Bikers Bersama Madrasatul Quran Wasunnah 2017

PROGRAM IMARAH RAMADHAN GRUP BIKERS BERSAMA MADRASATUL QURAN WASUNNAH 2017

Tarikh: Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan15 Ramadhan 1438H
Lokasi: Madrasatul Quran Wasunnah, (MQS)
Lot 2359, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Mengambil barakah di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, satu program Imarah Ramadhan Grup Bikers bersama Madrasatul Quran Wasunnah (MQS) telah diadakan pada Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H yang terletak di Lot 2359, Jalan Lama Genting, Batang Kali, Selangor. Dalam program ini, telah berlangsung majlis iftar para bikers bersama para pengajar dan pelajar Tahfiz, dan juga kutipan sumbangan infaq untuk MQS.

Tuesday, 6 June 2017

Tail Tidy atau Fender Eliminator untuk BMW S1000RR

TAIL TIDY ATAU FENDER ELIMINATOR UNTUK BMW S1000RR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kebiasaanya apabila membeli motor superbike, salah satu aksesori yang menjadi 'target' adalah 'tail' dan 'plate holder' yang lebih kemas. Sejak menggunakan S1000RR, saya membiarkan sahaja atau menggunakan 'stock tail and plate holder'. Baru-baru ini 'signal' belakang saya sudah retak, mungkin akibat faktor usia plastik dengan cuaca Malaysia atau akibat getaran yang agak ketara dari rintangan angin terhadap 'stock tail'. Sudah tiba masanya untuk menukar kepada 'tail' dari logam yang lebih stabil dan kemas.

Stock Tail 

Monday, 5 June 2017

Pengadang Tangan (Hand Guard) Untuk Versys 650

PENGADANG TANGAN (HAND GUARD) UNTUK VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pengadang tangan ('hand guard') yang bersesuai pada dasarnya bukan sahaja melindungi 'handlebar' motor, tetapi juga memberi ciri-ciri keselamatan tambahan pada tangan penunggang/rider. Kawasaki Versys 650 merupakan jentera jalanan-kembara ('street-adventure') dengan 'handle bar' merupakan bahagian motor yang paling lebar, menunggang dalam lalu lintas sentiasa sesak terutama diwaktu puncak dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, terutamanya melalui antara deretan kereta, MPV, SUV, pick-up, van, lori kecil, lori tanah mahupun treller, benar-benar mencabar dengan risiko bahaya yang tidak diduga terutama melibatkan cermin sisi kenderaan tersebut dimana posisi kedudukan yang berbeza-beza serta pelbagai saiz.

Kawasaki Handguard Kit untuk Versys 650

Tuesday, 30 May 2017

Kit Aksesori Murah Untuk Kamera GoPro Hero

KIT AKSESORI MURAH UNTUK KAMERA GOPRO HERO

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Masa untuk menbeli-belah bagi mencari kelengkapan aksesori dan alat ganti untuk kamera Gopro Hero yang telah hilang atau rosak. Ada keperluan untuk menambah kelengkapan aksesori untuk pelbagai kegunaan terutama aktiviti-aktiviti 'outdoor', dan juga kelengkapan tambahan untuk merakam video aksi dari pelbagai sudut semasa ride.


Sunday, 21 May 2017

Ulu Yam Sunday Ride 21/05/2017 : Layan Korner Main Hujan

ULU YAM SUNDAY RIDE (21/05/2017): LAYAN KORNER MAIN HUJAN
ULU YAM - AWANA - BUKIT TINGGI - LENTANG LOOP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi - Lentang - Gombak Loop. Sudah bertahun lamanya rasanya saya tidak melayan laluan ini. Kebiasaan ride hujung bersama rakan-rakan bikers dari sekitar Kajang/Bangi/Semenyih lebih gemar ke Klawang (KKIC). Cuma sekali sekala akan melayan ke Ulu Yam, Awana, Lentang atau Karak. Walau bagaimana pun ride melalui Ulu Yam hari ini sebenarnya tidak dirancang, lebih kepada faktor cuaca yang meyebabkan perubahan pada perancangan asal. Sesi rride atau perleferan hari ini agak bercampur baur antara 'sport mode' dan 'rain mode' apabila melalui jalan yang basah dan juga meredah hujan lebat di beberapa tempat.


Wednesday, 17 May 2017

Ride Santai Ke Seri Menanti Sampai Port Dickson dan Tanjung Tuan

RIDE SANTAI KE SERI MENANTI SAMPAI PORT DICKSON DAN TANJUNG TUAN

17/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul. Ride santai kali ini masih menjelajah Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti pula dan seterusnya ke pesisir pantai Port Dickson dan Tanjung Tuan. Sebenarnya trip ini tidak dirancang, main pakai terjah je.


Thursday, 11 May 2017

Ride Santai Berendam di Hutan Lipur Ulu Bendul

RIDE SANTAI BERENDAM DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

11/05/2017 (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Dalam entri sebelumnya ada perkongsian berkenaan ride santai masuk Hutan Lipur Ulu Bendul, tetapi belum berkesempatan hendak merasa kesejukkan air sungainya. Cuaca nampak baik hari ini berbanding semalam. Semalam baru balik dari ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin. Hari ini anak mengajak ride santai sambil berendam di jeram sungai Hutan Lipur Ulu Bendul (Ulu Bendol Recreational Park). Sekurang-kurangnya dapat menyegarkan semula badan, lagi pun hari ini tidak ramai pengunjung berbanding hujung minggu atau hari kelepasan am.


Wednesday, 10 May 2017

Jom Ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin

JOM RIDE KE UDANG GALAH LC KUALA ROMPIN

10/05/2017 (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pada 2 Mei yang lepas, dapat mesej dari Azhar@Ard RSV4 membuat cadangan untuk grup ride ke Leban Chondong pada hari kelepasan am (Wesak) pada 10 Mei (hari ini) atas permintaan rakan-rakan bikers. Kebiasaanya, satu 'short trip' atau 'day trip' selalu diadakan sebelum atau sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Selepas perbincangan, kami bercadang ke Kuala Rompin pula untuk mencuba Restoran Udang Galah LC berdasarkan rekomen sahabat Oilerbikerz (Jebat dan TH Achid) yang pernah mengunjungi ke sini. Trip-trip Oilerbikerz yang lepas-lepas kebiasaanya akan singgah di Kedai Makan Azizah Udang Galah terletak di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Pernah juga mencuba Kedai Makcik Is yang terletak sebelum simpang tiga Leban Chondong dari Muadzam.



Sunday, 7 May 2017

Klawang Sunday Ride 07/05/2017

KLAWANG SUNDAY RIDE (07/05/2017)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ride hujung minggu melayan Klawang (Kuala Klawang). Semalam dapat mesej dari Bro. Khalid ajak melayan KKIC. Tapi pagi ini tidak sempat jumpa Khalid di PETRONAS Grand Saga seperti biasa gara-gara terpaksa 'check in gentlemen room' dulu agak lama memenuhi tuntutan biologi, walaupun sudah siap pada mulanya. Tiba agak lewat di PETRONAS Grand Saga dalam 9:00 AM, di mana Khalid memberi mesej sudah bergerak dahulu dan akan menunggu di kedai makan depan Masjid Batu 14.