Sunday, 20 February 2011

Klawang Sunday Ride (20/02/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (20/02/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 20 Februari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Amar K7 dan Fauzy CBR1000RR Repsol. Ride kali ini diturut serta rakan Amar dengan jentera R1. Tetapi nasib kurang baik sedikit, R1 tersebut terjatuh di Stage 3 ketika pulang. Alhamdulillah, rider tidak mengalami kecedearan serius.

Klawang Pit Stop

Sunday, 13 February 2011

Klawang Sunday Ride (13/02/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (13/02/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 13 Februari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Amar K7, Meon SuperScooter dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Sunday, 23 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 2

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 2: Leban Chondong - Pekan - Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Hentian 4: Petronas Pekan dan Pekan Waterfront
 Tiba di Pekan dalam pukul 2:30 petang selepas melayan jalan pantai Route 3 Jalan Sultan Ahmad sejauh 71 km. Melayan jalan pantai yang agak lurus sekali sekala dengan selekoh selepas 'kekenyangan' apa lagi di waktu tengahari dengan tiupan angin pantai menuntut fizikal dan minda setiap rider sentiasa fokus pada tunggangan dan laluan. Setelah mengisi minyak, berhenti rehat dan minum terlebih dahulu di medan makan Pekan Waterfront.

Tiba di Pekan Waterfront

Saturday, 22 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 1

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 1:  Kajang - Leban Chondong

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar ride ke Leban Chondong dan Pekan pada 22-23/01/2011 (2 Hari/1 Malam) bersama OilerBikerz (OB) enam tahun yang lalu.....

Deretan moto para peserta 'Trip Kambing Golek Leban Chondong Pekan' di RV Point

Sunday, 16 January 2011

Klawang Sunday Ride (16/01/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (16/01/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 16 Januari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Abe Jam CBR1000RR Kuning DiRaja, Meon SuperScooter dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Sunday, 9 January 2011

Klawang Sunday Ride (09/01/2011) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (09/01/2011) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) dan kenalan ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 9 Januari 2011. OilerBikerz rider - Ard K6, Abe Jam CBR1000RR Kuning DiRaja, Capt Nasri S1000RR dan Fauzy CBR1000RR Repsol. Ride kali ini turut disertai rakan sepejabat, Khamil Naza Blade 650 dan dua rakannya CBR1000RR dan CBR1000RR Repsol

Klawang Pit Stop

Saturday, 19 June 2010

Klawang Sunday Ride (19/06/2010) Throwback Ride Dengan Oilerbikerz dan Minor Crash

KLAWANG SUNDAY RIDE (19/06/2010) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ DAN MINOR CRASH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 19 Jun 2010. OilerBikerz rider - Shahrani CBR1000RR (Presidente OB) Rabbit Hitam, Meon R1, Ard K6, Capt Nazri S10000RR, Abe Jam CBR1000RR Rabbit Kuning, Farid CBR1000RR Rabbit Merah dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Sunday, 6 June 2010

Klawang Sunday Ride (02/01/2011) Throwback Ride Geng Setaman

KLAWANG SUNDAY RIDE (06/06/2010) THROWBACK RIDE GENG SETAMAN 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama geng setaman ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 2 Januari 2011. Rider - Ard K6, Abe Jam CBR1000RR DiRaja dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Klawang Sunday Ride (06/06/2010) Throwback ride dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (06/06/2010) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 6 Jun 2010. OilerBikerz rider - Shahrani CBR1000RR (Presidente OB), Meon R1, Khairol CBR1000RR Repsol dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop


Sunday, 9 May 2010

Klawang Sunday Ride (16/05/2010) Throwback Ride Trio Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (09/05/2010) THROWBACK RIDE TRIO OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 16 Mei 2010. OilerBikerz rider - Meon R1, Hj Ipin GSX-R600 dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Klawang Sunday Ride (09/05/2010) Throwback Ride Dengan Oilerbikerz

KLAWANG SUNDAY RIDE (09/05/2010) THROWBACK RIDE DENGAN OILERBIKERZ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama grup Oilerbikerz (OB) ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Ahad 9 Mei 2010. OilerBikerz rider - Ard K6, Meon R1, Capt. Nazri S1000RR dan Fauzy CBR1000RR Repsol.

Klawang Pit Stop

Saturday, 27 February 2010

OILERBIKERZ Ride ke Baling Berendam Air Panas Ulu Legong 2010 Hari02

OILERBIKERZ RIDE KE BALING BERENDAM AIR PANAS ULU LEGONG 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari hari pertama

Hari Kedua

Cuaca pagi ini elok sekali, tidur pun agak lena selepas berendam semalaman. Hari kedua nampaknya ada sedikit perubahan pada perancangan asal. Jom tengok apa cerita hari kedua ni.

Gambar-gambar sekitar chalet penginapan sebelum bertolak balik.

Sebelum bertolak balik sempat ambil gambar grup dulu untuk kenangan.

Foto grup OB berlatar belakangkan tanda nama Ulu Legong Hot Spring


Friday, 26 February 2010

OILERBIKERZ Ride ke Baling Berendam Air Panas Ulu Legong 2010 Hari01

OILERBIKERZ RIDE KE BALING BERENDAM AIR PANAS ULU LEGONG 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar ride ke Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah pada 26-27/02/2010 (2 Hari/1 Malam) bersama OilerBikerz (OB) tujuh tahun yang lalu. Trip ini hanya seminggu selepas OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2. Trip ini disertai 14 motor dan 14 orang peserta.


Saturday, 20 February 2010

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2

OILERBIKERZ MOTO GRAND PRIX 2010 ROUND 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Lanjutan dari kejayaan mengadakan aktiviti Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day') yang pertama OILERBIKERZ pada 9 Januari 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit). Atas permintaan ramai pembalap-pembalap yang telah 'deman' untuk melayan SIC, maka aktiviti OILERBIKERZ ' Closed Track Day' kali ke-2 telah diadakan pada 20 Februari 2010 di SIC.

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Round 2. Photo Kredit: M Fuad Salleh (HitManSnr)

Saturday, 9 January 2010

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Bahagian 2

OILERBIKERZ MOTO GRANDPRIX 2010 - BAHAGIAN 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sessi 'Sighting Lap' dan 'Flying Lap'

Sessi bermula dari depan 'pit-box / pit-garage' bersebelahan 'pit lane' dengan moto disusun dalam formasi dua-dua ala 'Grid Position' di ketuai oleh TSR Eypoll yang akan memberi panduan kepada para peserta mengikuti 'racing line' dan juga cara mengambil selekoh-selekoh terdapat di Litar Sepang. Atas aspek keselamatan pihak SIC tidak membenarkan kami bermula di grid permulaan (Starting Grid) di dalam litar (Start/Finish Line).

 Para peserta membuat dua 'laps' untuk sessi 'Sighting Lap' dan 'Flying Lap' untuk membiasakan diri dengan litar dan juga memanaskan tayar moto masing-masing. Semuanya terdapat 25 buah motorsikal berkuasa tinggi pelbagai kategori mengambil bahagian dalam sessi permulaan ini.

Para peserta bersiap sedia di jentera masing-masing. Pak Sheikh ZX6 dah 'ready'.

OILERBIKERZ Moto Grand Prix 2010 Bahagian 1


OILERBIKERZ MOTO GRAND PRIX 2010 - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Ketika membuat 'archive' untuk koleksi gambar-gambar ride bersama OILERBIKERZ, saya terperasan hari ini genap 7 tahun aktiviti Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day') yang pertama kali diadakan grup permotoran OILERBIKERZ pada 9 Januari 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit). Sessi selama dua jam bermula pada pukul 4:00 petang dengan keadaan litar kering dan berakhir dengan keadaan litar basah selepas hujan, membuatkan rider-rider 'bergelut' dengan keadaan litar dan cabaran mengawal motorsikal berkuasa tinggi terutama sekali buat rider-rider yang baru pertama kali membalap di Litar Sepang di bawah bimbingan rider-rider yang berpengalaman.

Bunting OILERBIKERZ untuk Hari Litar Eksklusif (' Closed Track Day')


Friday, 16 October 2009

Klawang Ride (16/10/2009) Throwback Ride Dengan Tuan Baru R1 Legend

KLAWANG RIDE (16/10/2009) THROWBACK RIDE DENGAN TUAN BARU R1 LEGEND

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bersama Meon YZF-R1 ke  Klawang (Kuala Klawang) pada pagi Jumaat 16 Oktober 2009. Jentera R1 legend 'power' yang pernah menaiki podium di Sepang 4-hours Endurance Race 2005 kini sudah bertukar tuan lagi dari Ard ke Meon. Bermulanya era Meon R1 dalam dunia permotoran kuasa tinggi.

Bergambar kenangan berlatar belakang Empangan Semenyih permulaan Stage 2 dekat persimpangan Sg Tekali - Semenyih 

Sunday, 12 April 2009

Klawang- Leban Chondong Ride(12/04/2009) Throwback Ride Recce Trip Mersing

KLAWANG - LEBAN CHONDONG RIDE (12/04/2009) THROWBACK RIDE RECCE TRIP MERSING

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride berdua dengan Ard R1 melayan korner  Klawang (Kuala Klawang) terlajak sampai Leban Chondong, Rompin pada Ahad 12 April 2009. Bermula sebagai ride hujung minggu ke Kuala Kelawang, kemudian terlintas untuk buat recce ke Leban Chondong untuk trip OilerBikerz ke Mersing yang dirancang pada 30 Mei 2009.

Route pergi dan balik melalui jalan yang sama. Dari Kajang - Hulu Langat - Kuala Kelawang - Simpang Pertang - Serting -  Muadzam Shah - Leban Chondong.

12:30 PM Singgah di Stesen PETRONAS Muadzam Shah untuk mengisi minyak

Sunday, 25 January 2009

Klawang-Mancis-Karak Ride (25/01/2009) Throwback Trio Ride

KLAWANG-MANCIS-KARAK RIDE (25/01/2008) - THROWBACK TRIO RIDE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride bertiga melayan korner ikut loop  Klawang (Kuala Klawang)-Mancis-Karak pada Ahad 25 Januari 2009. OilerBikerz rider - Ard R1, Fauzy CBR1000RR Repsol dan Razman ZX10R. 'Day ride' ini di ajak oleh Razman yang jarang dapart ride bersama kerana selalu bertugas di luar kawasan.

10:AM singgah di Petronas Kuala Kelawang berhenti rehat dan re-fuel elepas melayan KIC

Thursday, 1 January 2009

Oilerbikerz New Year 2009 Awana Ride


OILERBIKERZ NEW YEAR 2009 AWANA RIDE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahun Baru 2017,

Memori ride sempena tahun baru 2009 bersama Oilerbikerz dan Awana Riders.

Sudah lapan tahun berlalu.....

OILERBIKERZ

Oilerbikerz Grup photo