Monday 5 June 2017

Pengadang Tangan (Hand Guard) Untuk Versys 650

PENGADANG TANGAN (HAND GUARD) UNTUK VERSYS 650

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pengadang tangan ('hand guard') yang bersesuai pada dasarnya bukan sahaja melindungi 'handlebar' motor, tetapi juga memberi ciri-ciri keselamatan tambahan pada tangan penunggang/rider. Kawasaki Versys 650 merupakan jentera jalanan-kembara ('street-adventure') dengan 'handle bar' merupakan bahagian motor yang paling lebar, menunggang dalam lalu lintas sentiasa sesak terutama diwaktu puncak dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, terutamanya melalui antara deretan kereta, MPV, SUV, pick-up, van, lori kecil, lori tanah mahupun treller, benar-benar mencabar dengan risiko bahaya yang tidak diduga terutama melibatkan cermin sisi kenderaan tersebut dimana posisi kedudukan yang berbeza-beza serta pelbagai saiz.

Kawasaki Handguard Kit untuk Versys 650


 Apa yang akan berlaku apabila kita tersilap menilai atau menganggar ruangan antara kenderaan, atau jika kenderaan tersebut bergerak mengecilkan ruangan yang dilalui atau menukar lorong secara tiba-tiba dan jari-jemari mengawal tuil brek bergesel atau terhentam dengan kuat sehingga menyebabkan motor membrek secara tiba-tiba dan terhenti mengejut atau kehilangan kawalan menyebabkan terjatuh sehingga mengundang kecelakaan.

 Sebagai penunggang motorsikal, jelas sekali terjatuh semasa menunggang samada laluan 'offroad' atau 'onroad' adalah perkara yang diminta jauh sekali dalam kotak pemikiran dan juga pengalaman yang tidak inginkan sama sekali. Tetapi perlu dingatkan menunggang dalam lalu lintas sentiasa sesak, tidak kira sebaik mana atau betapa cekapnya anda, kemungkinan risiko untuk terhentam tuil brek atau 'handle bar' agak tinggi samada sedang bergerak atau terjatuh. Oleh itu, pemasangan pengadang tangan bukan sahaja dapat melindungi tuil brek daripada kerosakan akibat hentaman, bahkan juga melindungi jari-jemari tangan dari kecederaan. Pengadang tangan jelas sekali amat perlu berada kedudukan atas dalam senarai aksesori yang perlu ada jika ianya tidak dipasang sebagai alatan 'standard' pada motorsikal 'adventure'.

 Memilih pengadang tangan yang bersesuai mungkin membuat kita mengaru kepala, terdapat banyak pilihan yang boleh didapati dengan pelbagai harga. Senang cerita bergantung kepada bajet dan juga keperluan pengunaanya samada menunggang di laluan 'offroad' atau 'onroad'. Oleh itu, terdapat dua jenis pengadang tangan banyak dijual dipasaran, iaitu keseluruhannya di perbuat dari plastik, atau diperkuatkan dengan keluli atau aluminium bar dibahagian dalamnya. Kedua-duanya ada kebaikan dan juga kelemahan tersendiri.

 Pengadang tangan plastik lebih murah, ringan, kelihatan cantik tetapi sekadar melindungi tangan daripada hentaman ringan dan agak mudah pecah jika impak hentaman terlalu kuat. Pengadang yang mempunyai keluli atau aluminium bar bahagian dalamnya lebih berat sedikit, lebih kuat menahan hentaman, tetapi memberi impak yang kuat terhadap 'handle bar' sehingga boleh membengkok 'handlebar' atau memberi kecederaan pada pergelangan tangan jika tersangkut pada pengadang keluli ketika berlaku kemalangan. Bagi perjalanan jauh merentasi sempadan melalui laluan 'offroad' dan 'onroad', pengadang tangan dioerkuat dengan keluli atau aluminium bar mungkin menjadi pilihan berbanding pengadang tangan plastik yang lebih sesuai untuk kegunaan perjalanan seharian seperti berulang alik ke tempat kerja.

 Bagi Kawasaki Versys 650, versi 'Tourer' siap dilengkapi pengadang tangan dari Kawasaki manakala versi 'standard' ditawarkan sebagai kelengkapan aksesori pilihan. Namun terdapat pilihan lain dari pengeluar pengadang tangan berjenama lain (seperti Barkbusters, SW-MOTECH, GIVI, Acerbis, Touratech, etc) yang direkabentuk untuk disesuaikan dengan jentera Versys 650. Sudah pasti ditawarkan pada harga yang lebih premium.

Barkbusters VPS Handguard Kit Kawasaki Versys 2007-2017

Touratech Handguards Kawasaki Versys 650

Givi HP4103 Handguards Kawasaki Versys 650

SW-MOTECH Kobra Handguard Kit Kawasaki Versys 650 2007-2015-2017

Contoh 'universal' handguard diperkuat dengan aluminium bar dengan mounting kit untuk 7/8" (22mm) handlebar, boleh digunakan pada Kawasaki Versys 650

Contoh 'universal' handguard diperkuat dengan aluminium bar dipasang pada Kawasaki Versys 650

Contoh 'universal' handguard diperkuat dengan aluminium bar dipasang pada Kawasaki Versys 650

Contoh 'universal' handguard dari pastik sepenuhnya (tanpa aluminium bar) dipasang pada Kawasaki Versys 650

Sudah tiba bagi saya untuk mencari pengadang tangan yang baru untuk mengantikan pengadang sedia ada yang telah pecah dan mengalami kerosakan. Saya menggunakan kedua-dua jenis pengadang tangan tersebut. Bagi setiap set, sebelahnya telah mengalami kerosakan.

'Universal' handguard jenis pastik yang telah pecah akibat impak yang terlalu kuat

 'Universal' handguard dengan pelindung PP plastik diperkuat dengan aluminium bar yang tercalar tanpa pecah selepas terjatuh.


Saya cuba mendapatkan set yang sama dari kedai yang dibeli dahulu, tetapi sudah tidak menjualnya termasuk beberapa kedai motor yang lain. Setidak-tidaknya, yang masih elok boleh dijadikan sebagai penganti dimasa hadapan. Nampaknya, terpaksa mencari di kedai-kedai dalam talian.

Bagi Kawasaki Versys, 'stock handlebar' dengan diameter berukuran 7/8" (22mm). Jika anda memilih yang berukuran 1 1/8" (28mm) ia akan menjadi longgar sedikit,  jadi perlu gelungan getah tambahan pada 'handlebar mounting'. Lagipun tempat melengkung 'handlebar' tidak bulat sepenuhnya. Bagi skru ( 'Allen key socket head screw') pada hujung 'handlebar balancer', perlu yang lebih panjang sedikit dari 'stock' dan boleh didapati dari bengkel-bengkel motor atau kedai-kedai 'hardware'. Skru yang datang dengan pengadang baru tidak sesuai untuk 'handlebar balancer'.

ITEM 1: Aluminium re-enforced Hand Guard
Universal 7/8" 1-1/8" Handlebar Motorcycle Brush Bar Hand Guard
Special design universal fit both 7/8" (22mm) and 1 1/8" (28mm) handlebar
High strength PP plastic and aluminum insert, aluminum mounting kits.

Option 1:




Option 2a:




Option 2b:



Pilihan lain:
Nota:  universal fit  7/8" (22mm) dan mounting kit 1 1/8" (28mm) boleh dibeli berasingan dalam banner di bawah:



ITEM 2: Plastic Hand Guard with aluminium bar
Fitment: Fit for most 22mm 7/8" diameter handlebar motorcycle, ATV, dirt bike and other models
Material: Made of high quality plastic and aluminum, which is of high tenacity and durable.




Pilihan lain:



ITEM 3: Plastic Hand Guard
Material: Plastic




Pilihan lain:




Masa untuk membuat tempahan.

Kemaskini pembelian:

Oleh kerana saya sudah ada mounting kit untuk 7/8" (22mm) handlebar, jadi saya membuat tempahan dengan mounting kit 1/8" (28mm) handlebar. Jadi, saya membuat tempahan pembelian ITEM 1 - Option 1.

05/06/2017: Membuat tempahan ITEM 1 - Option 1 dan pengesahan dari LAZADA Malaysia pada hari yang sama



07/06/2017: Pengesahan dari Lazada bahawa item sudah dihantar dari luar negara.

10/06/2017: Barangan diterima, walaupun jangkaan terawal pada 12/06/2017.

Ulasan:
1) Item diterima lebih awal dari tairkh yang dijangkakan.
2) Barangan dibungkus dengan baik menggunakan plastik pelindung ('bubble warp')
3) Kesemua item diterima dan dalam berkeadaan baik
4) Spesikasi item sama seperti ditawarkan.

Bungkusan item diterima dari penjual beralamat di Hong Kong 

Barangan dalam plastik pembungkusan

Item lengkap seperti diiklankan. Handguard dengan mounting kit 1/8" (28mm) handlebar

Perbandingan pengadang baru (bawah) dengan pengadang tangan lama (atas) dengan mounting kit untuk 7/8" (22mm).

Pengadang baru akan mengantikan pengadang jenis plastik menggunakan mounting kit 7/8" (22mm) lama

Pengadang tangan yang baru dipasang pada Versys 650

Pengadang tangan sebelah kiri yang baru dipasang menggunakan mounting kit 7/8" (22mm) lama

Pengadang tangan sebelah kanan yang baru dipasang menggunakan mounting kit 7/8" (22mm) lama


Bagi yang berminat dengan barangan seperti diatas. Boleh klik banner/carousel barangan berkenaan untuk terus ke landing page Lazada bagi membuat tempahan.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version


3 comments:

  1. Bro, tolong bagi link Lazada untuk handguard versys650 tahun 2011. Aku cuba ikut link ini dan trace tapi x dapat. Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Maaf, link Lazada sudah tidak berfungsi kerana pihak pihak Lazada sudah menukar ke platform lain. Boleh cari terus di Lazada

    ReplyDelete