Saturday 22 January 2011

OILERBIKERZ Ride ke Leban Chondong dan Pekan 2011 Bahagian 1

OILERBIKERZ RIDE KE LEBAN CHONDONG DAN PEKAN 2011

Bahagian 1:  Kajang - Leban Chondong

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Kenangan sekitar ride ke Leban Chondong dan Pekan pada 22-23/01/2011 (2 Hari/1 Malam) bersama OilerBikerz (OB) enam tahun yang lalu.....

Deretan moto para peserta 'Trip Kambing Golek Leban Chondong Pekan' di RV Point



 Mungmiang... Mungmiang.. dari perbincangan semasa TT dan diperkenan oleh 'jumur-jumur halimunan' OB maka 'group ride' untuk trip pertama OB bagi tahun 2011 adalah ride ke Leban Chondong dan Pekan dengan tema 'Trip Kambing Golek Leban Chondong Pekan'. Oleh kerana OBian nak masuk Pekan, maka secara automatik 'Tok Penghulu' Pekan, Capt Nazari (berasal dari Pekan) jadi 'organiser' selaku 'Event Manager' untuk penginapan dan acara makan-makan. Tuan organiser 'offer' hendak buat BBQ dengan kambing golek semasa bermalam di Pekan nanti. Seperti biasa, saya diminta untuk membuat pendaftaran peserta,  itinerari dan route planning untuk trip ini sampai diberi 'nickname' Fauzy GPS... ish3x.

 Trip kali ini disertai 18 moto, 1 kenderaan sokongan dan 24 orang peserta. Pada mulanya lebih ramai yang mahu turut serta tetapi terpaksa menarik diri disaat-saat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kita hanya merancang ketentuan di tanganNya jua. Semoga 'group ride' di masa hadapan ramai lagi dapat turut serta. InsyaAllah.

Itinerari
 Perkara menjadi perhatian adalah jarak dan hentian untuk mengisi minyak bagi memastikan setiap bike sampai ke 'regroup' atau 'refuel point' ditetapkan. Jadi, apabila membuat 'route planning' dan 'fuel stop planning', maka kena ambil kira secara menyeluruh keupayaan semua rider dan jentera mereka. Semua itu dalam perkiraan dan perancangan tapi lumrahnya adalah peserta yang menarik diri saat akhir, pertukaran motorsikal, bahkan tambahan rider 'baru' pertama kali ride bersama.




Route:


Hari Pertama

RV Point
Tempat berkumpul (RV Point) dan bersarapan pagi di Restoran Hidangan Ummi Saujana Impian, Kajang (sudah tutup, tempat (kedai) tersebut kini telah diambil alih Restoran Ayu Katering). Seawal 7:30 pagi, sudah ada para peserta yang tiba termasuk OBian yang berkelapangan. Terima kasih kepada OBian yang sudi 'menemani' kami bersarapan pagi di Restoran Umi iaitu Abe Jem, Sifu Ard, 'Racer in the making' Meon dan Adha Hayabusa walaupun tidak dapat bersama menyertai trip kali ini.

Bike dan Peserta
BMW K1300S – Shahrul (mambang Capt Nazari)
BMW K1300GT – Tony + Pillion
BMW R1200GS - DD
BMW R1200GS – Eypoll
BMW R1200R – Jebat + Pillion
BMW R1200RT – Marshall Siong
BMW R1200S - Ghaz
BMW S1000RR – Capt Nazari
Honda CB1000R - Jo (wakil Khailani)
Honda CBR1000RR Repsol - Fauzy
Kawasaki Z1000 – Wak Ju
Kawasaki ZR750 – Fikri
Kawasaki ZX-10R – Abg Zul
Kawasaki ZZR1400 – Achid + Pillion
Suzuki GSX-R1000 K8 – Jburn + Pillion
Suzuki GSX-R1000 K6 – Jijek
Suzuki GSX-R750 - Hj Ipin
Yamaha YZF-R1 Gauloises - Jaipro
Back-up Vehicle - Shahrani + 2 Co-pilot

Trip 'Group Ride' kali ini disertai 18 moto, 1 kenderaan sokongan dan 25 orang peserta.

Walaawei.. banyaknya spesies 'Beemer' ride kali ini.

 Seperti biasa, para peserta atau rider telah diingatkan hendaklah memastikan motorsikal mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk ditunggang beberapa hari sebelum 'group ride'. Sudah pasti anda tidak mahu menjadi orang yang menyebabkan kelancaran aktiviti yang dirancang tergendala. Namun ada kalanya, berlaku juga beberapa kerosakkan yang tidak dapat di duga, tetapi sekurang-kurangnya pemeriksaan rapi  dan penyelenggaraan awal motorsikal dapat mengurangkan risiko kerosakan atau menimbulkan masalah semasa dalam perjalanan.

(Kredit Photo: Koleksi OBian - Fauzy, Tony dan lain-lain)

Deretan motorsikal para peserta di RV Point: YZF-R1, K1300S, GSX-R1000, GSX-R750, S1000RR, Hayabusa, CBR1000RR

Deretan motorsikal para peserta peserta di RV Point: Hayabusa, CBR1000RR, K1300GT, R1200GS

'Back-up vehicle' dan deretan motorsikal para peserta peserta di RV Point: R1200R, ZR750, ZX-10R dan R1200S 

R1200R dan ZR750

GSX-R750

GSX-R750, GSX-R1000 K6, K1300S,YZF-R1, Hayabusa

GSX-R750 dan  GSX-R1000 K8

CB1000R, S1000RR dan GSX-R1000 K8

S1000RR

Kembar R1200GS

K1300GT

K1300S

Achid dan pilion dengan ZZR1400 baru sampai ke RV Point

ZZR1400 'Batman'

Elegan.. datang breakfast je..

Abe Jam nak merasa duduk atas GS putih

Kalau dah encem moto apa pon lawwooo....bang

Abe Jam nak merasa duduk atas GS merah pulak. Memang dah sepadan dan secocok....kasi angkat maa....

Jburn nak merasa R1200R.. kasi angkat maa.... SBK masih dihati..

Jburn, Ard, Meon dok dengar cerita Abe Jam

Ard, Abe Jam, Adha, Jburn, Meon

Apa pulak yang dok difikirkan si Meon ni..

Tony jual cerita apa pulak tu.. ni mesti pasal K1300GT

Meja belakang: Jburn, Meon, Achid, Adha, Abe Jam dok layan cerita si Tony dengan penuh aksi. Meja depan: Capt Nazari dan Shahrul

Shahrul, Hj Ipin dan Capt Nazari

Join breakfast kat meja Capt Nazari nak dapat update terkini dari tuan organiser..

Capt Nazari, Fauzy, Shahrul dok layan cerita Hj Ipin pulak

Abang Zul, Jijek dan Jo (selaku wakil tuan penasihat, Khailani)

Tuan presiden, Shahrani dah panggil untuk berkumpul ni.. Duduk di meja.. Jaipro, Ghaz, Ard, Fikri


Taklimat
Sebelum memulakan perjalanan, selain aturcara trip, taklimat ringkas berkenaan laluan perjalanan dan perkara-perkara melibatkan keselamatan semua rider yang perlu diberi perhatian oleh setiap peserta. 'Group riding' ini adalah secara solo 'point-to-point' atau bergandingan dengan 'riding buddy' mengikut 'pace' masing-masing, dan bukan secara berkonvoi dalam formasi tertentu dengan kawalan marshall sepenuhnya. Ini mengambil kira dalam 'group ride' mempunyai pelbagai jentera dari superbike, streetbike, adventure, sport touring dan juga grand touring,  yang memerlukan gaya tunggangan yang selesa pada kelajuan yang berbeza-beza dengan jarak perjalanan yang agak jauh.

Antara perkara-perkara yang dititik beratkan:
1. Penerangan keselamatan oleh marshall termasuk  peserta diminta mematuhi arahan 'Lead Bike/Rider' dan 'Last Marker' atau 'Sweeper' terutama ketika tiba atau melalui setiap persimpangan utama dan hentian ditetapkan.
2. Para peserta memastikan 'riding buddy' tidak hilang dari pandangan sama ada yang didepan atau dibelakangnya.
3. Sebagai peringatan untuk setiap OBian yang membawa rakan (rider jemputan atau 'mambang') semasa atau dalam OB trip hendaklah bertanggung jawab ke atas rider ('mambang') tersebut. Mereka hendaklah 'bergandingan' antara satu sama lain ketika riding dan tidak dibiarkan 'bersendirian' atau hilang dari pandangan.

Seperti kelazimanya, doa selamat dibacakan sebagai penutup sessi taklimat. Terima kasih kepada Tuan Hj. Abe Jem yang telah sudi menyempurnakan bacaan doa sebelum kami berlepas. Seterusnya para peserta bersiap bersedia dengan jentera masing-masing. Dalam pukul 9:00 am, kami mula bergerak menuju ke Lebuhraya LEKAS seterusnya ke hentian 1 di Petronas Serting. Dari sini saya ditugaskan mengemudi grup sebagai 'Lead Bike/Rider' manakala Marshall Siong selaku 'Back Marker/Sweeper'.

Dari kiri: Adha, Capt Nazari, Jebat, Jburn, Eypol, Ghaz.. dah siap menunggu...

Depan dari kiri: Shahrul, Jijek, Jo dan Hj Ipin. Bro Jo tengah kusyuk mendengar taklimat..

Dari kiri: DD, Achid, Shahrani, Fikri, Adha dan Capt Nazari. 

Tony baru nak mula bagi taklimat, tapi dah ada orang tengok jam tu...

Aksi 'syncronise' Abe Jam dan Ard.. Ni  musti tunjuk stesen minyak kat Prima Saujana.. adalah yang belum isi tangki tu

Tony meneruskan taklimatnya

Tony punya stail kut.. mesti ada aksi tangan atas kepala tu

Tony dah cekap pinggang, serius tapi masih melawak...

OK Tony teruskan... kami follow...





Apa hal pulak tu si Fikri

Tony punya stail kut.. mesti ada aksi tangan atas kepala tu

Serius ni.. 

Apa yang tengah muskil tu  Jijek


Bila nak abis taklimat ni...hi hi hi

Ok dah nak abis.. terima kasih banyak-banyak Tony.

Bacaan doa oleh Abe Jam... 



Amin semoga selamat semuanya,,.


Hentian 1: Petronas Serting
 Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 117 km, kami tiba di Petronas Serting (Bandar Baru Jempol) dalam pukul 10:00 pagi untuk berhenti rehat dan mengisi minyak. Dari RV point, perjalanan melalui E21 Lebuhraya LEKAS, Route 51 Jalan Kuala Pilah, Route N3 Kuala Pilah Bypass, Route 9 Jalan Dato dan Route 11 Jalan Bahau-Keratong. Memasuki LEKAS, semua rider dilepaskan, apa  lagi semua berdesup ikut 'pace' masing-masing tetapi diminta menunggu grup di Petronas Jalan Kuala Pilah selepas susur keluar Kuala Pilah / Ampangan dari LEKAS. Cuaca baik di sepanjang jalan yang menyajikan pemandangan suasana kampung.

Sampai di Petronas Serting (Bandar Baru Jempol)

Kasi gambiran satu di Petronas Serting (Bandar Baru Jempol)

Petronas Serting (Bandar Baru Jempol). Hj Ipin tengah buat lapuran...

Petronas Serting (Bandar Baru Jempol): Shahrul pulak buat lapuran...

Petronas Serting (Bandar Baru Jempol): Apasal pulak Wak Ju tu..


Hentian 2: Petronas Muadzam Shah
 Tiba di Petronas Muadzam Shah dalam pukul 11:15 pagi setelah menempuh perjalanan 86 km melalui Route 11 Jalan Bahau-Keratong dan Route 12 Lebuhraya Segamat-Kuantan. Berhenti rehat dan mengisi minyak terlebih dahulu. Jalan Bahau-Keratong merupakan laluan menerusi ladang kelapa sawit dengan jalan turun naik (bukit beralun). Rider perlu berhati-hati dengan kesan minyak kerana jalan ini sering dilalui lori-lori tangki mengangkut minyak kelapa sawit dan juga dengan kereta-kereta dari hadapan yang cuba memotong lori atau treller.

Sampai di Petronas Muadzam Shah 

Petronas Muadzam Shah: Jauhnya parkir moto

Petronas Muadzam Shah 

Petronas Muadzam Shah 


Hentian 3: Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong
 Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 56 km melalui Route Jalan Muadzam - Bukit Ibam, dalam pukul 1:00 tengahari tiba di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong untuk makan tengahari dan bersholat. Sudah pasti menu masakan udang galah menjadi pilihan utama di Kedai Makan Azizah Udang Galah.

Parkir di depan Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. eemm moto mana satu naik podium ni

Parkir di depan Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong

Parkir bawah pokok dengan 'Udang Galah' Leban Condong. Moto-moto takut panas...

Parkir dengan 'Udang Galah' Leban Condong: Kawa ekjos ketot vs Double 

Parkir dengan 'Udang Galah' Leban Condong: barisan beemer sahaja...

Parkir dengan 'Udang Galah' Leban Condong; Moto tak cukup 1 liter dok belakang

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Sib baik kedai sebelah tutup.. tumpang parkir barang jap..

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Yang ni menu udang galah ala carte

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Udang masak sambal dengan daging tu..

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Kasi tengok harga...

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong; yang ni pon kira ala carte..

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: kasi tengok harga sikit...

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Yang tempah .. udang dah sapu licin laa.. tak sempat maasuk gambar

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Marshall Siong ambil no tel sapa pulak tu...

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: semua pakat menyandar kekenyangan

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: hebat paparazi nak kasi masuk jugak jijek

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: Syoknya.. pekena teh dulu...

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Ghaz ni ikut kamera ke kamera ikut dia?

Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong: TS Marshall Siong dah bangun tu .. apasal diaorang dok belek moto saya tu...

Kembar GS macam tak nak berenggang je..Si Ghaz lagi...

TSR Eypoll dok tengah cari idea nak kasi masuk apa lagi tu..

Kembar GS sedang merancang 'cross border' ke mana pulak tu. Moto takde tong boleh ikut tak? agaknya tanya si Ghaz tu

Jap... nak bergambar kenangan kat sini dulu.. aisey apasal R1200R tak penuh.. Kasi tangkap satu lagi...

Canteeekkkk.. CBR1000RR dan R1200R dah kasi masuk penuh.. Udang galah kat belakang tu pun penuh....

Duta R1200R nak posing jap...

DD kasi lurus tayo nak jugak kasi duduk macam kembarnya jugak..

Geng SBK pon minat jugak dengan moto tong ni..

Spesies touring Beemer pakat dok sekali ni... 

TSR Eypoll tengah bagi review kehebatan moto Marshall kita ni..

Kasi gambiran dengan Moto Marshall..

Duta K1300GT pula tengah bagi review pasal kehebatan K1300GT pulak

Duta K1300GT pula tengah bagi review pasal kehebatan K1300GT. Kena ukur moto ikut badan  ke ikut poket..


Bersambung ke Bahagian 2: Leban Chondong - Pekan - Kuala Lumpur

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 22 Januari 2017


Like This Blog:     Follow@Twitter:  

2 comments:

  1. Replies
    1. 'OB Group Ride' ka? Nak kena panggil 'jumur-jumur halimunan' OB bersidang tu..

      Delete