Saturday, 20 January 2007

Cameron Highlands Ride (20/01/2007) - Throwback Ride ke Boh Tea Centre Sungei Palas

CAMERON HIGHLANDS RIDE (20/01/2007) -THROWBACK RIDE KE BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride ke Boh Tea Centre Sungei Palas, Cameron Highlands pada pagi Sabtu 20 Januari 2007. Rider - Dr Nasir R1200GS, Kamarul R1200GS, Ard CBR900RR dan Fauzy CBR900RR. Kami tiba di Boh Tea Centre Sungei Palas dalam pukul 1.00 PM lebih, dalam hujan lebat. Keadaan jalan hampir 'offroad' dengan aliran air menuruni bukit, booleh bayangkan superbike vs moto adventure. Semasa perjalanan pulang pun, ada ketika masih hujan ketika menuruni Cameron Highlands ke Simpang Pulai.

 Ada beberapa kali Fireblade saya mengalami injin semput ketika ride dalam hujan sehingga sampai Tapah. Selepas diselidiki, saluran 'overflow' petrol yang panjang sampai ke bawah telah menyedut sedikit air sehingga memasuki tangki. Setelah diubah kedudukan saluran 'overflow' tersebut, keadaan bertambah baik.


Saturday, 19 August 2006

Pelancaran Rasmi Kelab Pemilik MPV Naza Ria Malaysia (19/08/2006)

PELANCARAN RASMI KELAB PEMILIK MPV NAZA RIA MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pada 19hb Ogos 2006, Kelab Pemilik MPV Naza Ria Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sulungnya diikuti dengan pelancaran rasmi kelab pada majlis makan malam yang gilang-gemilang. Majlis ini telah berlangsung di Port Dickson, Malaysia.


Friday, 13 May 2005

Fraser Hill Ride (13/05/2007) Throwback Ride dengan Rakan Sepejabat

FRASER HILL RIDE (13/05/2005) THROWBACK RIDE DENGAN GENG SEPEJABAT

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Beberapa gambar kenangan ride ke Bukit Fraser bersama-sama dengan rakan-rakan bikers sepejabat pada pada pagi 13 Mei 2005. Rider - Nizam CBR900RR, Fauzy CBR900RR dan Dr Nasir R1200GS. Kami tiba di Fraser Hill dalam pukul 10.00 AM

Bergambar kenangan di depan Restoran Arzed, pemiliknya juga biker. Sekarang sudah jadi hotel