Sunday 15 May 2022

Petua Keselamatan Bagi Penunggang Motorsikal

 PETUA KESELAMATAN BAGI PENUNGGANG MOTORSIKAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Perkongsian dikutip dari perbagai sumber untuk menunggang motorsikal dengan lebih selamat:

  • Sentiasa ada perancangan meloloskan atau melepaskan diri bagi mengelak kemalangan atau dengan memastikan bahawa kerosakan, sekiranya berlaku kemalangan, adalah seminimum mungkin
  • Kurangkan risiko kecederaan dengan memakai peralatan keselamatan menunggang.
  • Tetapi diingatkan bahawa peralatan keselamatan penunggang TIDAK menjadikan seseorang penunggang menjadi kebal ketika kemalangan.
  • Jarakkan diri dengan betul semasa menunggang berkumpulan, terutamanya dengan penunggang-penunggang yang tidak anda kenali atau bukan rakan-rakan biker yang anda biasa menunggang bersama.
  • Jika anda perlu berusaha keras untuk mengejar rider-rider di hadapan, JANGAN. Rakan-rakan biker sebenar akan menunggu anda.
  • Jika anda perlu berusaha keras untuk kekal di hadapan, JANGAN, tiada trofi menanti anda.
  • Berhati-hati dengan kereta dan lori yang tidak berhemah. Anggap kebanyakan pemandu ini  ‘buta’ dan ‘pekak’ dengan motorsikal. Ini ialah situasi "Maaf saya tidak nampak" di mana pemandu kereta atau lori tidak melihat langsung/mengesan kehadiran motorsikal, atau motosikal ditunggani anda berada di sebalik titik buta kereta atau lori.
  • Kenderaan berat dan besar tidak tangkas, memerlukan ruang dan mempunyai banyak titik buta. Sentiasa peka dalam menjangkakan pergerakan mereka.
  • Berhati-hati di persimpangan dan Pusingan U, walaupun ianya adalah "Hak Laluan" anda.
  • Jangan ambil mudah dipersimpangan lampu isyarat walaupun lampu hijau, melintas dengan penuh berhati-hati.
  • Sentiasa periksa bahagian belakang.
  • Sentiasa kurangkan kelajuan penutup apabila perlu berhenti dilaluan.
  • Jangan menunggang dengan kelajuan sehingga tahap anda tidak boleh berhenti ketika diperlukan
  • Lebih berhati-hati di jalan utama dengan trafik dua hala.
  • Penghadang Armco hanya membantu kereta tetapi membunuh penunggang motosikal, jadi sedar akan kehadiran mereka.
  • Lubang di jalan yang rata lebih berbahaya daripada lubang di jalan yang teruk.
  • Minyak di atas jalan boleh muncul pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Kesan hentaman padu pada kelajuan 5KM/J boleh membawa maut.
  • Tabiat atau adab menunggang yang buruk dalam perjalanan berkumpulan boleh membahayakan penunggang lain.
  • Keletihan, kurang tidur, adalah pembunuh senyap.
  • Berwaspada setiap masa.
  • Beri perhatian kepada apa yang menghalang pandangan.
  • Titik perhatian tambahan adalah untuk berhati-hati dengan perkara yang tidak anda dihadapan
  • Menunggang dengan kelajuan di zon selesa dan elakkan menunggang melebihi had kemampuan.
  • Lima tahun pertama di alam permotoran dua roda anda akan menjadi tempoh yang paling berbahaya. Tetapi itu tidak bermakna yang lain tidak akan berbahaya jika anda melupakan beberapa peraturan asas.
  • Mengikuti Khursus Menunggang Keselamatan Bertauliah, pelaburan terbaik anda selepas membeli topi keledar anda.
Semoga bermanafaat 

Terimakasih malayari blog ini.

Wassalam

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment