Thursday 1 February 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari02 Nakhon Si Thammarat - Koh Samui Bhg 3

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI02 : NAKHON SI TAMMARAT - KOH SAMUI BHG 3

Hari 02: Khamis 01/02/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari Bahagian 2: Donsak Pier - Koh Samui

Bahagian 3: Ride Santai Bo Phut Tour, Koh Samui
Catatan ride santai mengelilingi Bho Put. Antara tempat-tempat yang dilawati termasuklan Fisherman's Village, Bophut Beach, Big Buddha, Samui Robot dan bermalam di Chaweng, Bo Phut, Koh Samui. Waktu dicatat berdasarkan waktu Thailand yang satu jam lebih cepat daripada Malaysia.



Chaweng Skybar Hotel, Chaweng, Koh Samui.
Dalam pukul 1:00 PM lebih tiba di Chaweng Skybar Hotel dan terus mendaftar masuk untuk berehat dan menyegarkan badan. Kadar bilik 'Triple Room' untuk seorang yang tempah melalui booking.com  adalah THB880@RM110 dibayar semasa mendaftar masuk, dengan tambahan deposit sebanyak THB1000 yang dikembalikan semasa mendaftar keluar. Hotel Skybar untuk malam ini sudah penuh ditempah. Dalam pukul 3:45 PM, kami mula berkumpul semula di lobi hotel untuk keluar ride santai. Berlaku satu insiden tidak diduga, saya terjatuh ketika menuruni tangga terakhir di lobi hotel menyebabkan terlentang ke belakang atas anak tangga akibat lantai yang licin disaluti debu menyebabkan 'riding boot' kehilangan 'grip'. Alhamdulillah, tiada mengalami kecederaan. Rasanya, 'pouch bag' dipinggang telah menyelamatkan belakang saya dari terhentak ke atas anak tangga secara terus. Waktu tiada pekerja dikaunter 'reception' yang bertugas untuk membuat aduan semasa kejadian. Setelah berasa tubuh badan okay, jadi meneruskan acara ride santai petang ini. Pelan asal hendak mengelilingi pulau Samui dengan singgah ditempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Walaupun ada cadangan untuk menyewa motor kecil. Nampaknya, masing-masing ingin membawa motor sendiri kecuali Bro Jai yang ingin membonceng motor saya. Ride santai bermula dengan mengelilingi Bo Put, dengan destinasi persinggahan pertama di Pantai Bo Put melalui Fisherman's Village.

Barisan jentera parkir dihadapan Chaweng Skybar hotel

Barisan jentera parkir dihadapan Chaweng Skybar hotel

Bergambar kenangan di hadapan Chaweng Skybar hotel

Jadual perjalanan untuk khidmat speed bot ke Koh Pangan jika mahu ke 'Full Moon Party'

Grup foto di hadapan Chaweng Skybar hotel

Grup foto di hadapan Chaweng Skybar hotel



Kedai menawar sewa motor berdekatan Chaweng Skybar hotel. Hendak sewa superbike pun boleh.


Fisherman's Village - Bophut Beach, Bophut, Koh Samui.
Dalam 4:30PM tiba di Fisherman's Village terletak di Pantai Bophut menjadi destinasi persinggahan pertama dari Route 4169, iaitu kira-kira 6 km dari Chaweng Skybar Hotel. Memasuki Route 4171 pada awalnya, terus melalui di bawah pintu gerbang tertera 'The Original Fisherman's Village -  Bophut Beach'. Ingat hendak berhenti ambil gambar disini, tetapi oleh kerana keadaan agak sibuk dengan jalan masuk sehala yang agak sempit sekadar muat untuk satu kereta sahaja, kami neneruskan perjalanan sehingga pinggir pantai. Terdapat kawasan parkir motor tetapi sudah penuh. Meneruskan perjalanan melalui Fisherman's Village Walking Street, dimana setiap Jumaat dari 5:00PM - 11:00PM akan diadakan pasar malam sepanjang jalan ini. Sepanjang jalan terdapat banyak restoren, kafe, kedai cenderahati, spa urut, kedai pakaian, hotel dan pelbagai lagi. Apabila melalui kawasan ini, jika terdapat lori kecil atau 'pick-up' berhenti ditengah jalan untuk memunggah barang sudah pasti laluan akan tersekat. Sabar sahajalah sehingga kerja memunggah barang selesai jika motor tidak dapat mencilok.

Menghampiri kawasan pantai peranginan Bophut terdapat kawasan lapang bersebelahan Restoren Sabienglae. Jadi parkir motor di sini dan mencari tempat minum dulu di Pantai Bophut. Terdapat banyak restoren dan kafe sepanjang pantai, kami memilih untuk mimun petang di Smile House Restaurant yang mempunyai pemandangan Pantai Bophut. Pilihan saya adalah 'coconut shake', yang disediakan di dalam buah kelapa. Jumlah bayaran minum petang untuk 5 orang kira-kira THB406@RM50, jadi setiap seorang dalam RM10. Dalam 5:30 PM mula bergerak dari Bophut Beach, memasuki kembali Route 4171 untuk ke tempat persinggahan seterusnya iaitu Samui Robot dan Big Buddha.

Bersantai minum petang di Smile House Restaurant, Bophut Beach, Bophut, Koh Samui

Bophut Beach, Bophut, Koh Samui. Pemandangan ke arah Koh Som.

Bophut Beach, Bophut, Koh Samui. Pemandangan ke arah Maenam 

'coconut shake'  Bophut Beach, Bophut, Koh Samui

Pekena 'coconut shake' di Smile House Restaurant, Bophut Beach, Bophut, Koh Samui

Bersantai minum petang di Smile House Restaurant, Bophut Beach, Bophut, Koh Samui

Big Buddha dan Samui Robot, Bo Put, Koh Samui.
Dari Route 4171 akan melalui satu jalan atas tambak ke pulau kecil yang terdapat kuil dikenali sebagai Big Budhha. Jam sudah pukul 5:45 PM ketika sampai ke tempat parkir motor di sini berhadapan dengan kedai Samui Robot, disambut oleh arca Predator dan Alien. Ambil gambar dulu dengan kedua-dua arca iconik filem Hollywood ini. Terdapat kedai-kedai menjual arca-arca dari logam sebagai cenderahati. Plan hendak naik ke Kuil Big Buddha untuk melihat panaroma pantai Bophut, tetapi malas pula hendak menaiki tangga. Di sini terdapat kedai-kedai yang kebanyakkan menjual barangan untuk pelancong. Nampak Bro Hassan sedang menikmati pancake pisang dijual oleh penjaja roda tiga muslim. Manakala Bro Jai dan Fadzli pula sedang menikmati minuman sejuk dengan pancake di dalam salah satu kafe di sini. Setiap kali singgah, pasti hendak minum dan makan. Setelah semuanya selesai, dalam pukul 6:15 PM mula bergerak memasuki semula Route 4171. Jalan tambak ke Big Buddha ini adalah tempat popular untuk menyaksikan matahari terbenam.

Dari Big Buddha, Route 4171 menuju ke Choeng Mon Beach, tetapi hanya lalu sahaja seterusnya kembali semula ke Chaweng Beach memasuki Chaweng Beach Road. Seterusnya menuju ke Lad Koh View Point dan Pantai Lamai terletak di Route 4169. Melalui jalan dengan keadaan trafik yang perlahan dan sering terganggu atau terhenti gara-gara teksi SUV atau teksi 'pick-up' yang dikenali sebagai 'songthaew' yang sering berhenti ditengah jalan untuk mengambil dan menurun penumpang sudah pasti memenatkan dan kepanasan dengan jentera berkuasa tinggi. Sudah tentu rider-rider dibelakang saya pasti mengeluh ke tempat mana pulak saya hendak bawa mereka. Ketika tiba Lad Koh View Point dalam pukul 6:40 PM, matahari sudah berlabuh maka sudah tentu tidak dapat melihat pemandangan cantik di sini. Akhirnya, berhenti di PTT Lamai, dimana sudah hampir pukul 7:00PM dan berpatah balik untuk mencari tempat makan malam di FAREAST Halal Food Restaurant di Chaweng. Sekali episod meletihkan menunggang dengan keadaan trafik ke Chaweng Beach yang agak sibuk.

Predator and Alien 


Kedai Samui Robot berdekatan Big Buddha, Bo Put, Koh Samui.

Bergambar kenangan di Samui Robot, Bo Put, Koh Samui.

Kasi tarik Versys pula



Bergambar dengan Versys pula

Alien vs Predator vs Versys

Big Buddha, Bo Put, Koh Samui.

Kedai-kedai disekitar Big Buddha, Bo Put, Koh Samui.

Penjaja roda tiga menjual pancake. Bro Hassan sedang menikmati pancake pisang.

Jentera-jentera diparkir berhampiran kedai Samui Robot berdekatan Big Buddha, Bo Put, Koh Samui.



FAREAST Halal Food Restaurant, Koh Samui.
Akhirnya dalam pukul 7:30 PM, tiba di satu bulatan kecil berdekatan Tasik Chaweng dimana GPS menunjukkan FAREAST Halal Food Restaurant berdekatan. Kami parkir motor berdekatan restoren Reef Halab yang juga restoren makanan halal. Di depannya pula terdapat Samui Night Market terletak berdekatan Tasik Chaweng. FAREAST Halal Food Restaurant sebenarnya terletak di jalan satu lagi yang menuju ke Pantai Chaweng, iaitu sebelah belakang restoren Reef Halab. Menu malam ini pula lebih kepada sajian masakan ikan. Suasana di sini agak bising juga dengan bunyi muzik dan persembahan dari kafe berdekatan. Entah berapa kali dikejutkan dengan pengumuman promosi perlawanan Muay Thai dari pick-up bergerak. Jumlah bayaran makan malam untuk 5 orang kira-kira THB1310@RM164, jadi setiap seorang dalam RM33. Bro Fadzli sudah mengeluh kepenatan membawa motor besar dengan keadaan lalu lintas di sini dan tertanya-tanya berapa jauh lagi dari tempat makan ke hotel penginapan. Selepas makan malam, dalam pukul 9:00 PM, kembali semula ke hotel penginapan yang terletak kira-kira 1.5 KM dari sini. Tiba di hotel dalam pukul 9:15 PM.

Masing-masing sudah kelaparan. Makanan sampai sahaja terus layan..

Makan malam di FAREAST Halal Food Restaurant, Chaweng, Koh Samui.

Central Festival - Hard Rock Cafe, Chaweng Beach Road, Koh Samui.
Kebiasaanya, ramai pelancong memilih menginap di Chaweng, tempat yang paling meriah dengan aktiviti malam. Jadi sebelah malam keluar meronda sepanjang jalan Pantai Chaweng dari Skybar Hotel melalui pusat membeli belah Central Festival sehingga penghujungnya ke Hard Rock Cafe. Selain hotel-hotel penginapan, sepanjang jalan Pantai Chaweng ini dipenuhi dengan restoren-restoren, spa urut dan kedai-kedai menjual pelbagai barangan termasuk barangan cenderahati. Suasana menjadi agak meriah ketika melalui pusat membeli-belah Central Festival. Di hadapanya terdapat dataran dimana kelihatan beberapa 'food truck' menjual makanan dan minuman dimana pengunjung dihiburkan dengan muzik dan nyanyian oleh busker. Suasananya yang tidak ubah seperti berada di sebuah pulau di Eropah pula. Ramai orang luar didominasi Kaukasian menenggelamkan wajah asli penduduk Thailand. Malah wajah orang kulit putih turut dapat dilihat di mana-mana sahaja tempat yang kami pergi terutama kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Penat sudah berjalan sampai sudah ada yang kedai mahu tutup, kembali semula ke hotel penginapan. Masa untuk berehat dan beradu setelah kepenatan. Selamat malam Chaweng, yang masih meriah dengan aktiviti malamnya.

Central Festival Samui, Chaweng Beach Road, Koh Samui.

Hard Rock Cafe, Chaweng Beach Road, Koh Samui.

Hard Rock Cafe, Chaweng Beach Road, Koh Samui.

Antara barangan t-shirt yang di jual di Hard Rock Cafe, Chaweng Beach Road, Koh Samui.

Video


Route santai Bo Phut Tour, Koh Samui



Laluan santai Bo Put Tour, Koh Samui mengikut rekod 'track' GPS Chaweng - Bhoput - Big Buddha - Lamui


Bersambung ke Hari 03: Bahagian 1: Koh Samui - Hat Yai (akan diupdate kemudian)
Kembali ke Hari 02: Bahagian 1: Nakhon Si Tammarat -  Don Sak Pier ke Koh Samui
Kembali ke Hari 02: Bahagian 2: Donsak Pier - Koh Samui
Kembali ke Hari 01: Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand
Kembali ke Hari 01: Bahagian 2: Dannok - Patthalung - Nakhon Si Tammarat


Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment